Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ukraine bincang dengan sekutu kelemahan Putin, serang balas

Jun 26, 2023 | 03:58 PM



KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, dan menteri pertahanannya berkata mereka telah melakukan beberapa siri panggilan bersama sekutunya pada Ahad, untuk membincangkan “kelemahan” Presiden Russia, Encik Vladimir Putin dan tindakan serangan balas Ukraine seterusnya.


Panggilan telefon itu dibuat selepas kegagalan pemberontakan luar biasa oleh ketua kumpulan askar upahan Wagner Russia, Encik Yevgeny Prigozhin, yang menimbulkan persoalan tentang cengkaman kuasa Encik Putin sedang Ukraine melancarkan serangan balas di selatan dan timurnya.

“Kami membincangkan sikap permusuhan dan proses yang berlaku di Russia. Dunia mesti memberi tekanan ke atas Russia hingga ketenteraman antarabangsa dipulihkan,” kata Encik Zelensky selepas menelefon Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden

Dua pemimpin itu dikatakan “membincangkan serangan balas Ukraine yang berterusan, dan Encik Biden menegaskan semula sokongan Amerika yang tidak berbelah bahagi.”

Menteri Pertahanan Ukraine, Encik Oleksii Reznikov, berkata beliau dan Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin, membincangkan serangan balas Ukraine dan langkah seterusnya untuk menguatkan kedudukan.

“Kesemunya sedang bergerak ke arah yang betul,” tulis Encik Reznikov di Twitter.

Walaupun pegawai Ukraine berkata pergolakan di Russia mendatangkan kelebihan kepada Kyiv, masih belum dapat dilihat apakah Encik Zelensky dan tenteranya boleh memanfaatkan keadaan di Moscow itu untuk menuntut semula wilayah yang kini diduduki Russia.

Jurucakap pasukan tentera timur Ukraine, Encik Serhiy Cherevatyi, berkata pada Ahad bahawa tentera Kyiv mara 600 meter hingga 1,000 meter berbanding hari sebelumnya ke Bakhmut, sebuah bandar yang ditawan tentera Wagner pada Mei selepas berbulan-bulan berperang.

Pada Ahad, Encik Zelensky berkata beliau dan Encik Biden telah membincangkan kemungkinan memperluas kerjasama pertahanan dengan penekanan terhadap senjata jarak jauh, penyelarasan menjelang sidang puncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Vilnius, ibu negara Lithuania, bulan depan, dan persiapan bagi Sidang Kemuncak Keamanan Sejagat.

“Peristiwa semalam mendedahkan kelemahan rejim Putin,” kata Encik Zelensky, sebagaimana dipetik dalam kenyataan itu.

Secara berasingan, Encik Zelensky berkata beliau telah memberitahu Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, dalam satu panggilan mengenai “situasi yang mengancam” di loji kuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine yang diduduki Russia.

Encik Zelensky memberi amaran awal minggu ini bahawa Russia sedang mempertimbangkan untuk melakukan tindakan “keganasan” melibatkan pelepasan radiasi di loji itu, satu dakwaan yang dinafikan oleh Russia.

“Rakan kongsi Ukraine mesti menunjukkan respons berprinsip, khususnya pada Sidang Kemuncak Nato di Vilnius kelak,” katanya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >