Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kumpulan pro-Israel, Palestin adakan protes ketika sidang ICJ

Jan 12, 2024 | 12:40 PM



THE HAGUE (Belanda): Para penyokong Israel dan kumpulan pro-Palestin telah mengadakan demonstrasi di luar Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ketika ia memulakan perbicaraan kes tuduhan pembunuhan beramai-ramai di Gaza terhadap Israel pada 11 Januari.


Beratus-ratus penunjuk perasaan pro-Israel menyanyikan lagu dan membawa bendera Belanda sambil berarak ke gerbang mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang sedang mendengar saman yang dibawa oleh Afrika Selatan menuntut penggantungan kecemasan kempen ketenteraan Israel di Gaza.

Antara penunjuk perasaan ialah saudara-mara orang yang ditahan sebagai tebusan atau dibunuh semasa serangan rentas sempadan ke atas Israel oleh militan Hamas pada 7 Oktober.

“Hari ini terdapat tuduhan tidak masuk akal terhadap Israel bahawa ia melakukan pembunuhan beramai-ramai, manakala Hamas melakukan jenayah terhadap kemanusiaan setiap hari,” kata penunjuk perasaan, Encik Michael Levy, yang abangnya telah dijadikan tebusan oleh Hamas.

“Abang saya dan tebusan yang lain berada di sana dan tiada siapa yang bercakap tentang itu, dan saya di sini untuk meninggikan suara abang saya dan tebusan yang lain,” tambahnya.

Beratus-ratus penyokong Palestin pula menyaksikan prosiding itu di skrin besar kurang dari seratus meter daripada kumpulan Israel, menyalakan suar asap merah dan hijau dan melaungkan slogan.

Polis berkata tiada insiden serius berlaku dan jurucakap bandar itu berkata setiap satu daripada dua demonstrasi itu menarik kira-kira 800 penyokong.

Cik Nihal Esma Almis berkata beliau telah datang untuk menyokong rakyat Palestin dengan harapan “bahawa mereka akhirnya mendapat keadilan, bahawa terdapat pembunuhan beramai-ramai berlaku dan bahawa PBB bertindak sewajarnya dan dunia bertindak sewajarnya”.

“Apa yang saya harapkan ialah mereka mencapai apa yang belum dicapai sehingga kini, iaitu gencatan senjata kekal,” kata penunjuk perasaan pro-Palestin Belanda, Cik Sara Galli.

Afrika Selatan memfailkan kes terhadap Israel kerana kedua-dua negara menandatangani Konvensyen Genosid PBB, yang diwujudkan pada 1948.

Mana-mana negara yang menandatangani konvensyen itu boleh menyaman negara lain di ICJ, jika mereka tidak bersetuju dengan ‘tafsiran, pemakaian atau pemenuhan’ peraturan yang dicipta untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >