Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Desakan bagi gencatan senjata di Palestin’

Jan 2, 2024 | 2:55 PM
SOKONG PALESTIN: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua dari kanan) bersama Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu (dua dari kiri) dan Encik Tian Chua (kiri) pada Piket Kepung Demi Palestin yang berlangsung selama enam hari berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.
SOKONG PALESTIN: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua dari kanan) bersama Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu (dua dari kiri) dan Encik Tian Chua (kiri) pada Piket Kepung Demi Palestin yang berlangsung selama enam hari berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sekretariat Perhimpunan Kepung Demi Palestin akan terus beri tekanan kepada Kedutaan Amerika Syarikat untuk menggesa gencatan senjata di semenanjung Gaza.

Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), Encik Tian Chua, berkata pihaknya belum menentukan bentuk kempen seterusnya namun memberi jaminan kumpulan itu tidak akan berganjak selagi tidak ada keamanan di Palestin.

“Kami menggesa gencatan senjata serta-merta yang kekal di seluruh Palestin dan menamatkan sistem aparteid di semua wilayah jajahan Palestin.

“Kami juga mahu Israel menghentikan pembersihan etnik dan pembunuhan genosid terhadap rakyat Palestin” katanya kepada pemberita selepas majlis Ceramah Perdana sebagai penutup piket ‘Kepung Demi Palestin’ yang dianjurkan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.

Encik Chua berkata hanya keamanan dan penyelesaian yang adil dan berkekalan untuk semua warga Palestin akan menghentikan kempen anti-Amerika dan anti-Israel ini.

“Mulai hari ini, tanggal 1 Januari 2024, dan setiap hari selepas ini, kami teguh berdiri dalam bersolidariti dengan rakyat Palestin.

“Kami tidak berganjak daripada komitmen kami untuk perjuangan dan akan terus meningkatkan usaha kempen kami demi mencapai keamanan, keadilan, keselamatan dan maruah untuk Palestin yang berdaulat,” katanya ketika membaca deklarasi kempen Kepung Demi Palestin.

Encik Chua berkata tujuan piket itu diadakan adalah bagi memberi ruang kepada orang ramai untuk sama-sama bersolidariti demi rakyat Palestin di Gaza dengan dijalankan selama enam hari.

“Sepanjang enam hari berlangsung, piket ini sudah menarik 800 penyertaan orang ramai yang berkampung di sini sama ada bermalam atau sekadar singgah,” katanya.

Hampir 200 orang menghadiri program tersebut yang turut dihadiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Nik Nazmi Nik Ahmad; bekas Pengerusi Bersih, Cik Maria Chin Abdullah; Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Encik Mohd Azmi Abdul Hamid; dan wakil NGO lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg