Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kunjungan bakal perkukuh hubungan Korea Selatan, AS

Apr 27, 2023 | 05:30 AM



SEOUL: Kunjungan Negara Presiden Korea Selatan Encik Yoon Suk Yeol ke Amerika Syarikat (AS) dijangka mengukuhkan lagi hubungan dua hala sempena meraikan ulang tahun ke-70 pakatan AS-Korea Selatan.



Ini di tengah-tengah persoalan mengenai perikatan Korea Selatan dengan AS yang sudah menjamin keselamatan negara itu selama berdekad.



Ancaman yang ditimbulkan oleh Korea Utara juga dijangka menjadi agenda utama - sedang Korea Utara berlumba-lumba dalam menghasilkan senjata-senjata dan peluru nuklear.



Terdapat persoalan demi persoalan di Korea Selatan tentang negara itu yang perlu bergantung kepada "pencegahan lanjutan", terutama sekali kepada negara yang mempunyai senjata nuklear.



Lawatan Encik Yoon dari 24 hingga 29 April merupakan lawatan negara pertama ke AS oleh seorang pemimpin Korea Selatan dalam 12 tahun.



Ia juga menandakan ulang tahun ke-70 kerjasama yang mengukuhkan strategi AS di Asia dan menyediakan asas bagi kemunculan Korea Selatan sebagai kuasa besar ekonomi.



Seoul menyatakan lawatan tersebut akan menandakan "pencapaian bersejarah" bagi pakatan itu sedang ia berkembang dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah dengan pesat.



Terdapat juga gesaan daripada anggota kanan parti Encik Yoon supaya Korea Selatan menghasilkan senjata nuklearnya sendiri.



Seorang pegawai kanan AS berkata pada Jumaat bahawa Encik Biden akan menjanjikan "langkah-langkah ketara" di sidang puncak itu untuk menekankan komitmen AS untuk menghalang sebarang serangan nuklear oleh Korea Utara.



Timbalan penasihat keselamatan negara kepada Encik Yoon berkata kedua-dua pihak sedang bekerjasama mengusahakan langkah-langkah untuk mengendalikan pencegahan lanjutan dengan lebih kukuh lagi.



Mereka berharap untuk mendedahkan kemajuan dalam satu kenyataan selepas sidang puncak tersebut.



"Kami perlu mengambil langkah yang besar untuk mengatur perkara tersebut supaya ia lebih mudah difahami semua, bagaimana ia dilaksanakan dan dihasilkan," kata penasihat itu, Encik Kim Tae-hyo.



Semasa di Washington, Encik Yoon turut menemui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bersama Netflix Encik Ted Sarandos.



Netflix turut mengumumkan bahawa ia akan melabur AS$2.5 bilion (S$3.3 bilion) dalam tempoh empat tahun akan datang bagi menerbitkan siri drama, filem dan rancangan televisyen bahasa Korea. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >