Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ladang terpilih di M'sia boleh eksport ayam semula mulai Okt

Aug 31, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia akan menarik balik pengharaman eksport ayam mulai Oktober, namun hanya beberapa ladang ayam akan diberi permit mengeksport agar tidak menjejas bekalan bagi keperluan domestik.



Pengerusi pasukan bertindak antiinflasi, Tan Sri Annuar Musa, kelmarin berkata kerajaan telah mengizinkan permohonan pemain industri tempatan dan antarabangsa untuk membenarkan eksport memandangkan terdapat lebihan bekalan ayam yang stabil di Malaysia itu sejak beberapa bulan lalu.



"Kabinet telah membincangkannya dan memutuskan bahawa keutamaan mesti terus diberi kepada penggunaan domestik dahulu, meskipun terdapat bekalan berlebihan sedikit. Ini dapat membantu mengurangkan harga sedikit bagi penduduk tempatan.



"Namun memandangkan kita ada kapasiti untuk mengeksport, dan selepas membuat semua pertimbangan, diputuskan bahawa kita benarkan hanya ladang tertentu menternak bagi tujuan mengeksport," katanya, lapor akhbar The Straits Times.



Mereka perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pertanian dan Industri Pemakanan terlebih dahulu sebelum mereka boleh mula mengeksport, tambahnya, tanpa menjelaskan jumlah boleh dijual ke luar negara.



Mekanismenya akan dipantau teliti oleh pasukan bertindak bagi memastikan ada 70 juta ayam sebulan, atau 2.3 juta ayam sehari, bagi pengguna domestik.



Sebelum pengharaman itu, Malaysia mengeksport 3.6 juta ayam sebulan. Ia membekalkan sekitar sepertiga ayam Singapura, atau hampir 73,000 ton setahun, dan merupakan sumber kedua terbesar ayam import Singapura, selepas Brazil.



Malaysia mengenakan pengharaman eksport ayam sejak 1 Jun menyusuli kekurangan bekalan, yang membuat sebahagian peniaga menjualnya melebihi harga siling yang ditetap. Harga siling kerajaan bagi ayam biasa mulai 1 Julai ialah RM 9.40 ($2.91) setiap kilogram dan akan kekal hingga hari ini.



Sebahagian pengharaman itu ditarik balik menyusuli keputusan Kabinet pada 8 Jun membenarkan eksport ayam kampung dan hitam hidup ke Singapura. Namun, pengharaman ayam pedaging komersial, yang membentuk bahagian terbesar ayam import Singapura dari Malaysia, masih kekal.



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah menyatakan kerajaan membelanjakan sekitar RM720 juta dalam bentuk subsidi untuk memastikan harga ayam rendah di tengah-tengah inflasi.



Subsidi makanan ayam, bagaimanapun, ditarik balik mulai 1 Julai.



Selain subsidi, harga siling dan pengharaman eksport, kerajaan memansuhkan permit bagi import, justeru membenarkan lebih banyak peniaga mengimport ayam.



Dua bulan kemudian, Malaysia mula menyaksikan bekalan berlebihan sedikit, menjadikan harga ayam berada di bawah kadar siling. Lebihan itu juga membolehkan Malaysia mengeksport ayam semula.



Tan Sri Annuar berkata bekalan bagi esksport mesti datang dari ladang khusus agar mekanismenya dapat dipantau dengan teliti.



"Mereka mesti mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kami. Ini bermakna mereka tidak dibenarkan mengurangkan pengeluaran bagi kegunaan tempatan, atau mengambil sedikit daripada sana, hanya supaya mereka boleh memberi lebih tumpuan pada eksport," katanya.



"Mereka mesti mengikut jumlah tertentu yang ditetapkan oleh kami supaya bekalan untuk kegunaan domestik tidak terjejas."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >