Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lagi 17 rakyat Palestin maut susuli serangan semalaman Israel ke atas Gaza

Jul 14, 2024 | 7:25 PM
Pelarian Palestin memeriksa barang mereka yang rosak selepas bedilan Israel di kem Al-Mawasi, Khan Younis di  selatan Jaluran Gaza pada 13 Julai.
Pelarian Palestin memeriksa barang mereka yang rosak selepas bedilan Israel di kem Al-Mawasi, Khan Younis di selatan Jaluran Gaza pada 13 Julai. - Foto REUTERS

GAZA: Sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin terbunuh dan 50 cedera dalam serangan semalaman Israel ke atas Kota Gaza pada 14 Julai, menurut pegawai kecemasan dan kesihatan awam Palestin.

Penduduk Palestin terbunuh selepas sekurang-kurangnya empat serangan udara berasingan Israel ke atas empat rumah di kawasan berbeza di bandar itu.

Penduduk dan pegawai kesihatan Palestin berkata tentera Israel telah meningkatkan serangan udara dan darat.

Pada 13 Julai, serangan udara Israel di zon kemanusiaan Al-Mawasi di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 91 rakyat Palestin dan mencederakan sekitar 300 orang, kata kementerian kesihatan Gaza.

Ia adalah serangan paling dahsyat di Gaza sejak beberapa minggu lalu.

Israel mendakwa serangan itu dibuat bagi menyasarkan ketua tentera Hamas, Mohammed Deif.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata beliau belum pasti Mohammed Deif dan seorang lagi komander Hamas sudah dibunuh, namun berjanji untuk terus menyasarkan pemimpin Hamas.

Menurut beliau, lebih banyak tekanan tentera ke atas kumpulan itu, sekali gus meningkatkan peluang kepada perjanjian tebusan walaupun sumber lain pula menyatakan rundingan berkenaan sudah dihentikan.

“Apapun, kami akan sampai ke seluruh kepimpinan Hamas,” kata Encik Netanyahu pada sidang media, sambil berikrar untuk meneruskan matlamat perang Israel hingga ke penghujung.

Kumpulan Hamas menafikan Mohammed Deif dibunuh, menurut seorang pegawai kanan Hamas di TV Al Jazeera.

Hamas sebelum ini berkata, dakwaan Israel bahawa mereka menyasarkan pemimpin kumpulan itu adalah palsu, sebaliknya bertujuan untuk meneruskan serangan paling maut di Gaza.

Selepas bedilan pada 13 Julai, pelarian yang berlindung di kawasan itu berkata mayat dan bahagian badan manusia bergelimpangan di atas tanah.

“Saya tidak dapat memberitahu di mana saya berada atau apa yang sedang berlaku,” kata Sheikh Youssef, seorang penduduk Kota Gaza yang kini dipindahkan di kawasan Al-Mawasi.

“Saya meninggalkan khemah dan melihat sekeliling. Semua khemah musnah, anggota badan, mayat berada di mana-mana. Wanita tua dan kanak-kanak tercampak ke tanah,” katanya. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg