Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Lakukan sesuatu tangani kesesakan Tambak Johor'

Feb 03, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Ia hanya mengambil lima minit untuk memandu merentasi laluan sepanjang 400 meter di Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.



Namun, bagi pengunjung harian, berjumlah kira-kira 150,000 setiap hari, kebanyakan mereka perlu bangun seawal 4 pagi untuk beratur di pusat pemeriksaan sempadan sebelum 5 pagi untuk melepasi kesesakan lalu lintas sama ada untuk bekerja atau perniagaan di Singapura.



Mengaitkan perkara itu tidak lain ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang merayu kepada Kerajaan Persekutuan untuk mencari penyelesaian bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor, lapor The Star.



Beliau telah membawa perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa lawatan rasmi sehari pemimpin Malaysia itu ke Singapura pada Isnin lalu.



"Apabila saya mengiringi PM (Anwar) ke Singapura, saya merayu kepada beliau agar sesuatu dilakukan untuk menjadikan trafik antara Johor Bahru dan Singapura lebih lancar," katanya.



Selepas bersesak semasa waktu pagi untuk pergi ke Singapura, perjalanan pulang ke Johor tidaklah lebih baik melalui Tambak Johor yang merupakan antara pusat sempadan paling sibuk di dunia.



"Apabila mereka pulang ke Malaysia dan berjaya melepasi kesesakan, sudah 10 malam... simpatilah kepada mereka," kata Datuk Onn Hafiz dalam satu majlis di Majlis Bandaraya Johor Bahru.



Beliau juga berkata lebih 90 peratus arahan kerja yang belum selesai untuk membaiki kemudahan yang rosak di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar (BSI) telah pun siap.



Semasa pandemik Covid-19, terdapat kira-kira 1,200 tugasan kerja yang belum selesai di BSI di mana kebanyakan tangga gerak dan lif tidak beroperasi, katanya.



"Pada masa itu, bidang kuasa bangunan itu terletak di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) di Putrajaya.



"Bagaimana orang yang bertanggungjawab di Putrajaya tahu tentang kejadian di lapangan?



"Syukur sekali, dengan gabungan usaha, akhirnya kuasa diberikan kepada pengarah JKR negeri.



"Saya dengan sukacitanya melaporkan kepada semua pihak bahawa tugasan kerja yang belum selesai telah dikurangkan daripada 1,200 kepada kira-kira 100," tambahnya.



Baru-baru ini, Datuk Anwar telah mengarahkan proses keluar masuk pekerja Malaysia dan Singapura di Tambak Johor dipercepatkan.



Katanya, langkah itu melibatkan penambahan lorong dan pegawai kastam yang ditugaskan di situ pada awal pagi bagi menjimatkan masa perjalanan pekerja kedua-dua negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >