Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Langkah baru cegah rasuah di pintu masuk M’sia

Jul 06, 2023 | 01:16 PM



PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengumumkan pada Rabu bahawa hanya pegawai kanan imigresen sahaja yang mempunyai kuasa menentukan jika seseorang pengunjung tidak dibenarkan masuk ke negara itu, dan arahan itu berkuasa serta-merta, menurut laporan akhbar Malay Mail.


Pegawai kanan itu adalah mereka dalam gred KP41 dan ke atas, kata beliau kepada wartawan dalam satu sidang akhbar.

Sebelum ini, pegawai rendah dalam gred KP29 juga diberi kuasa untuk mengeluarkan notis “tidak dibenarkan masuk” kepada pelancong yang tidak dapat memenuhi kriteria dengan memuaskan untuk masuk ke negara itu.

Langkah baru ini diperkenalkan selepas Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing, meminta supaya diadakan siasatan terhadap “budaya rasuah” di kalangan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 30 Jun.

Datuk Tiong pada awalnya dituduh menerjah masuk ke dewan ketibaan di Terminal 1 KLIA, untuk membebaskan seorang warga China.

Beliau kemudian menjelaskan telah dibolehkan masuk ke zon terbatas itu, dan terpaksa campur tangan apabila seorang pelancong warga China berkata diminta membayar ribuan ringgit untuk dibenarkan masuk ke Malaysia.

Sebenarnya, kata Datuk Tiong, beliau sudah empat kali sebelum ini datang ke KLIA untuk menyelesaikan perkara sama.

Insiden itu mendorong kepada satu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), yang telah mencatatkan lebih 14 kenyataan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut melakukan kunjungan mengejut ke KLIA pada Ahad untuk memahami kaedah operasi di situ.

Datuk Saifuddin berkata penterjemah juga akan ditempatkan di kesemua pintu masuk bagi membantu memastikan pelancong tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai imigresen.

Datuk Saifuddin turut mengatakan, papan tanda akan dipasang di lapangan terbang untuk memberitahu pengunjung agar menyediakan dokumen yang diperlukan kepada pihak imigresen apabila sampai di dewan ketibaan.

Beliau akui tentang salah laku beberapa pegawai imigresen, namun turut menegaskan bahawa kebanyakan kakitangan jabatan itu komited dan berdisiplin.

SPRM berkata warga China itu, bersama seorang lagi temannya, telah pulang ke China. Mereka tidak dilarang meninggalkan negara ini kerana mereka bukan orang yang disyaki, kata agensi pencegah rasuah itu.

Ketua pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, turut berkata pasukannya telah mengenal pasti ejen yang disyaki meminta wang sogokan dari warga China itu. Ejen itu dipercayai seorang warga asing yang bertutur dalam bahasa asing dan menggunakan aplikasi pesanan China, WeChat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >