Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Malaysia

Siasatan dakwaan rasuah di KLIA dibuka: Ketua SPRM

Jul 01, 2023 | 01:09 PM



KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa pihaknya akan membuka siasatan berhubung dakwaan rasuah yang berlaku di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Beliau berkata, agensi itu juga akan mendapatkan maklumat berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat.

“Berhubung dakwaan rasuah yang dinyatakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, SPRM akan menyiasat perkara itu.

“SPRM akan mendapatkan maklumat daripada semua pihak dan menyiasat perkara itu sewajarnya,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing, pada Sabtu memberitahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, supaya menamatkan dakwaan “budaya rasuah” Jabatan Imigresen dengan ketibaan warga asing di KLIA.

Beliau mendakwa nasihatnya kepada pegawai Imigresen tidak didengari, selepas beberapa kes dakwaan rasuah diketengahkan kepadanya sebelum ini.

“Saya sudah beritahu mereka berkali-kali. Jangan buat lagi. Saya kata cukuplah. Tapi saya tak tahu. Ini adalah isu yang telah lama berlarutan. Kementerian Dalam Negeri, di bawah pimpinan menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, harus melakukan sesuatu mengenai perkara ini demi imej negara.

“Saya serahkan kepada mereka untuk menyiasat,” kata Datuk Tiong kepada akhbar New Straits Times pada Sabtu, merujuk kepada kementerian dan SPRM.


Beliau berkata SPRM perlu memasuki KLIA secara berkuat kuasa untuk menyiasat apa yang berlaku di pintu masuk utama.

Datuk Tiong semalam menambah, beliau gembira kehadirannya di KLIA telah mendedahkan “budaya rasuah” melibatkan beberapa pegawai Imigresen dan penyalahgunaan kuasa ‘kronik’.

Katanya, beliau mahu menangani isu itu secara praktikal tetapi memandangkan perkara itu sudah tular di media sosial, wajarlah beliau tampil memberitahu semuanya.

Anggota Parlimen Bintulu itu mendakwa bahawa beberapa pegawai imigresen akan menuntut daripada pelancong sehingga RM3,000 ($869) untuk dibebaskan daripada tahanan dan diberikan tiket penerbangan pulang.

Beliau mendakwa RM3,000 lagi akan ditanya sama ada pelancong itu mahu pulang segera melalui ‘lorong khas’, manakala RM12,000 akan dituntut untuk kos pemprosesan visa.

Beliau berkata semua maklumat berhubung dakwaan amalan rasuah akan diserahkan kepada SPRM untuk disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >