Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Langkah diambil pastikan keperluan bekalan beras dipenuhi

Sep 22, 2023 | 11:35 AM



SHAH ALAM: Pelbagai langkah jangka pendek dan panjang sedang dalam perancangan untuk mengatasi kekurangan beras keluaran tempatan di pasaran, kata Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.


Ini termasuk mengadakan perbincangan dengan pengeluar dan pemborong beras, untuk menambah bekalan beras tempatan ke cawangan milik Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), katanya.

“Saya juga telah mengarahkan agar beras tempatan segera dihantar ke semua pasar raya supaya pengguna mempunyai lebih banyak pilihan,” kata Datuk Mohamad di kedai runcit Fama pada Khamis.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya tidak menimbun beras tempatan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya membeli beras mengikut keperluan dan tidak menyimpan stok, supaya pengguna lain juga boleh mendapatkan beras keluaran tempatan,” katanya dipetik The Star.


Datuk Mohamad berkata beliau dimaklumkan tentang kejadian di mana seorang pengguna telah “menggunakan” empat orang berbeza untuk membeli lapan kampit beras 10 kilogram (kg).

“Jangan risau kerana beras keluaran tempatan akan dihantar dari semasa ke semasa ke pasar raya dan kami percaya bekalan akan kembali normal dalam masa beberapa minggu lagi,” tambah Datuk Mohamad.

Menteri itu berkata sehingga kini, Fama telah mengagihkan 244 tan metrik beras tempatan ke seluruh negara melalui kedai runcit yang diuruskan usahawan di bawah kuasanya.

Satu lagi langkah untuk memastikan pengguna boleh mendapatkan bekalan beras tempatan mereka, secara runcit pada harga RM26 ($7.58) setiap 10kg, adalah dengan menyekat peniaga membeli lebih daripada 10 beg, pada satu masa.

Ini kerana bekalan semasa beras tempatan akan mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna jika perniagaan, seperti restoran besar, tidak membeli terlalu banyak daripada kedai yang sama seperti pelanggan biasa.

Tambahnya, kementeriannya telah membantu pemborong mengadakan perbincangan dengan pengusaha restoran, untuk meyakinkan mereka membeli beras import sebaliknya, yang ditawarkan kepada mereka pada harga borong.

Menjawab soalan jika kekurangan itu disebabkan oleh beberapa peniaga yang tidak bertanggungjawab, termasuk membungkus beras tempatan dan menjualnya sebagai hasil import, Datuk Mohamad berkata ini hanyalah dakwaan tanpa sebarang bukti.

Mengenai langkah jangka panjang, Datuk Mohamad berkata kerajaan juga sedang melihat kemungkinan menggunakan benih padi hibrid berbanding jenis baka sedia ada.

Petani di Sekinchan baru-baru ini mengadu bahawa benih jenis tempatan yang digunakan di Malaysia, adalah sensitif dan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit, yang boleh menjejaskan hasilnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >