Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Isu bekalan beras selesai dalam sebulan: Menteri

Sep 19, 2023 | 01:19 PM



KUALA LUMPUR: Isu bekalan beras di Malaysia dijangka dapat diselesaikan dalam masa sebulan, kata Datuk Seri Mohamad Sabu, sambil menolak gesaan agar warga asing dilarang membeli bahan makanan harian utama itu.


Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan itu menambah bahawa Malaysia mempunyai bekalan beras mencukupi hingga lima bulan dan kerajaan telah melancarkan program menambah stok beras putih tempatan (BPT) sebanyak 20 peratus.

“Orang asing mesti makan juga. Jangan lupa bahawa mereka juga sedang berusaha untuk membantu membina negara kita.

“Tiada rancangan untuk (melarang mereka membeli beras) setakat ini,” kata beliau dalam ucapan penggulungan semasa perbahasan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Parlimen pada Isnin, lapor The Star.


Datuk Mohamad menjawab soalan Encik Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) sama ada kerajaan berhasrat menyekat penjualan BPT kepada warga asing.

Ini menyusuli cadangan sama oleh pengerusi jawatankuasa pembangunan luar bandar, pertanian dan keselamatan makanan Melaka, Dr Akmal Saleh, yang berkata keperluan penduduk tempatan mesti diutamakan.

Seruan itu dibuat selepas aduan timbul di seluruh negara mengenai kekurangan BPT berikutan peningkatan permintaan selepas harga beras import meningkat.

Datuk Mohamad berkata stok simpanan beras semasa berjumlah 900,000 juta tan metrik.

“Ini terdiri daripada 250,000 juta tan metrik stok simpanan kerajaan dan 650,000 tan metrik stok komersial. Ini cukup untuk empat hingga lima bulan akan datang.”

Kementeriannya percaya tiada keperluan mendesak untuk menggunakan simpanan beras kerajaan lagi, sambil berkata bekalan dijangka pulih dalam masa sebulan.

Antara langkah yang diambil untuk menambah bekalan ialah program bersama pengilang dan pembekal menambah stok simpanan sebanyak 20 peratus kepada 23,000 tan metrik sebulan untuk tempoh setahun.

Datuk Mohamad menambah bahawa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) juga sudah mula menuai lebih banyak padi.

“Mereka telah menuai tambahan 20 peratus padi, jadi akan ada lebih banyak beras tempatan dalam satu atau dua bulan,” katanya, sambil berkata kementeriannya akan bertemu pemerintah India untuk mencari huraian bagi bekalan beras import, dan perbincangan dengan negara sumber lain, seperti Vietnam, Thailand dan Kemboja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >