Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Langkah Russia akan naikkan harga minyak

Dec 29, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Russia memutuskan kelmarin mengharamkan penjualan minyak kepada negara dan syarikat yang mematuhi had harga yang dipersetujui sesetengah negara Barat, langkah yang akan menaikkan harga minyak mentah.



Dekri itu, yang diterbitkan di portal pemerintah dan laman rasmi Kremlin, dibentangkan sebagai tindak balas langsung kepada "tindakan yang tidak mesra dan bercanggah dengan undang-undang antarabangsa oleh Amerika Syarikat dan negara asing serta organisasi antarabangsa yang menyertai mereka".



"Penghantaran minyak dan produk minyak Russia kepada entiti dan individu asing adalah diharamkan, dengan syarat bahawa dalam kontrak bekalan ini, penggunaan mekanisme penetapan harga maksimum dijangka secara langsung atau tidak langsung," menurut dekri itu, merujuk secara khusus kepada Amerika dan negara asing lain yang telah mengenakan had harga.



Dekri atau perintah itu akan berkuat kuasa dari 1 Februari hingga 1 Julai 2023.



Ia menambah, larangan itu mungkin ditarik balik dalam kes individu berdasarkan "keputusan khas" Presiden Russia, Encik Vladimir Putin.



Harga siling AS$60 ($80.82) setong yang dipersetujui oleh Kesatuan Eropah (EU), Kumpulan Negara G7 dan Australia berkuat kuasa pada awal bulan ini bertujuan menyekat pendapatan Russia sambil memastikan Moscow terus membekalkan pasaran global.



Harga minyak pada mulanya melonjak pada pengumuman itu dan penganalisis menjangkakan permintaan lebih kukuh berikutan tindakan pembukaan semula sempadan oleh China selepas sekatan Covid-19 yang panjang.



Bagaimanapun kebanyakan keuntungan dalam harga minyak telah hilang menjelang akhir sesi dagangan.



Penganalisis menyatakan langkah Moscow tidak akan menghalang penghantaran ke India, China dan pengimport lain yang tidak menyertai had harga.



Tindakan Russia "sebenarnya tidak terlalu mengejutkan untuk pasaran, memandangkan apa yang kami dengar daripada mereka sejak beberapa bulan kebelakangan ini", kata Encik Matt Smith daripada syarikat pasaran data komoditi antarabangsa, Kpler.



"Ia akan mengetatkan keadaan sedikit, tetapi tidak terlalu banyak," tambahnya.



Niaga hadapan minyak Brent untuk penghantaran pada Februari berakhir 0.5 peratus pada AS$84.33 ($113.59) setong.



Penanda aras AS West Texas Intermediate untuk penghantaran pada Februari susut kurang daripada 0.1 peratus kepada AS$79.53 ($107.12) setong.



Diperkenalkan bersama sekatan EU terhadap penghantaran minyak mentah Russia melalui laut, had itu bertujuan memastikan Russia tidak dapat memintas sekatan dengan menjual minyaknya kepada negara ketiga pada harga tinggi.



Russia berkata had itu tidak akan menjejaskan kempen ketenteraannya di Ukraine dan menyatakan keyakinan ia akan mencari pembeli baru.



Dari sudut diplomasi dalam menamatkan peperangan ke atas Ukraine, Encik Putin sebelum ini menyatakan beliau terbuka kepada rundingan namun menyalahkan Ukraine beserta sekutu Baratnya kerana gagal mengadakan rundingan itu.



Had harga, belum pernah dilihat walaupun pada zaman Perang Dingin antara Barat dan Kesatuan Soviet, bertujuan melumpuhkan pendapatan Russia dan usaha ketenteraan Moscow di Ukraine.



Menteri Kewangan Russia, Encik Anton Siluanov, berkata kelmarin defisit bajet Russia mungkin lebih luas daripada 2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dirancang pada 2023, dengan had harga minyak memerah pendapatan eksport, halangan fiskal tambahan Moscow kerana ia berbelanja besar untuk kempen ketenteraannya di Ukraine.



Bagaimanapun, beberapa penganalisis berkata had itu akan memberi sedikit kesan serta-merta ke atas hasil minyak yang diperoleh Moscow pada masa ini. - AFP, Reuters.




"Penghantaran minyak dan produk minyak Russia kepada entiti dan individu asing adalah diharamkan, dengan syarat bahawa dalam kontrak bekalan ini, penggunaan mekanisme penetapan harga maksimum dijangka secara langsung atau tidak langsung."
- Dekri yang diterbitkan di portal pemerintah dan laman rasmi Kremlin.




KESAN TINDAKAN RUSSIA



► Blok Kesatuan Eropah (EU) membentuk 61 peratus daripada hasil eksport bahan api fosil Russia dalam tempoh 100 hari.



► Jerman, Italy dan Belanda - anggota EU dan Nato - adalah antara pengimport terbesar, dengan hanya China mengatasi mereka.



► Russia menyumbang 41 peratus daripada semua import gas asli ke EU, dan beberapa negara hampir secara eksklusif bergantung kepada gas Russia.



► Daripada AS$25 bilion ($33.67 bilion) yang dieksport dalam gas saluran paip, 85 peratus pergi ke EU.




► Sumber: Who's Still Buying Fossil Fuels From Russia? (Siapa masih lagi membeli minyak fosil dari Russia? [28 Jun 2022]



Pautan: https://www.visualcapitalist.com/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >