Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Langkah Umno gugur AP veteran perkukuh kedudukan Zahid

Nov 04, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH Umno menggugurkan 10 Anggota Parlimen (AP) veteran daripada senarai pencalonan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disifatkan sebagai usaha mengukuhkan kedudukan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk dilantik menjadi Perdana Menteri.



Mereka yang digugurkan termasuk mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Seri Annuar Musa, yang dikatakan penyokong kuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.



Sejak awal minggu ini, tersebar luas berita kononnya semua calon PRU15 Umno telah menandatangani surat 'Aku Janji' menyokong Datuk Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri.



Surat itu juga dikatakan menggesa kerajaan yang bakal dibentuk untuk menggugurkan semua tuduhan mahkamah terhadap pemimpin Umno. Umno menafikan tuduhan itu dan menyifatkan surat tular di media sosial sebagai palsu.



Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, menegaskan penyebaran dokumen palsu itu adalah usaha jahat pihak tidak bertanggungjawab dan jelas satu perancangan memburukkan Umno dan BN ketika musim PRU ini.



"Disahkan bahawa 'Aku Janji' yang disebarkan dan sedang viral ini adalah palsu dan tidak benar. Tiada sebarang 'Aku Janji' sebegini dilakukan," kata beliau.



Namun, satu sumber Umno mengatakan walaupun surat itu tidak wujud, semangat dan sokongan terhadap Datuk Ahmad Zahid jelas semakin kukuh.



"Tidak perlu surat pun, sebahagian besar ahli Umno akan menyokong usul melantik Presiden Umno Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri jika BN menang besar dalam PRU15.



"Ramai akur Datuk Zahid yang bertanggungjawab memulihkan semangat kesatuan Umno dan bangkit semula setelah kekalahan dalam PRU14," ujarnya.



Spekulasi demikian semakin bertiup kencang apabila ramai AP yang melanggar disiplin parti dan dikatakan berpihak pada Datuk Ismail Sabri tidak tersenarai dalam pencalonan parti.



Ketika dihubungi, penganalisis politik, Dato Dr Ramalan Yunus, berkata sekiranya surat itu benar-benar wujud, ia sesuatu yang wajar kerana Umno wajib menuntut ketaatan dan kesetiaan daripada calonnya.



"Saya yakin tidak ada sesiapa yang ingin melihat peristiwa Katak Lompat pasca-PRU14 berulang. Itu adalah peristiwa politik paling menjijikkan dalam sejarah negara," katanya.



Tidak pernah berlaku dalam sejarah Umno menjelang PRU, Perdana Menteri tidak menjawat kedudukan presiden parti seperti sekarang.



Kuasa dan pengaruh Datuk Ahmad Zahid sebagai Presiden parti menerajui kempen PRU15 ini jelas kelihatan mengatasi kedudukan Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri .



"Jadi apa salahnya jika AP BN nanti menyokong Zahid Hamidi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia?



"Beliau adalah Presiden Umno. Memang beliau sewajarnya menjadi Perdana Menteri kalau BN berjaya mewujudkan kerajaan nanti," tegas Dr Ramalan.



Menjelang hari penamaan calon, semakin banyak konspirasi politik yang tular terutama di media sosial.



Perang saraf di media sosial ini dianggap penting apatah lagi dengan pengaruhnya yang meluas di kalangan pengundi muda usia 18 tahun dan ke atas yang layak mengundi buat kali pertama dalam sejarah. - BASIR SISWO




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >