Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Langkawi paling terjejas di M'sia akibat El Nino

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Langkawi paling terjejas di M'sia akibat El Nino

Jan 13, 2016 | 05:20 PM

KUALA LUMPUR: Langkawi merupakan kawasan paling terjejas akibat fenomena El Nino selepas tidak menerima taburan hujan sejak 27 hari lalu, lapor Harian Metro.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail berkata, selain Langkawi, kawasan Arau, Kubang Pasu dan Sik turut terjejas selepas 13 hari tidak menerima hujan manakala Prai, Pulau Pinang dan Lubuk Merbau, Kedah mencatatkan suhu tertinggi di negara ini iaitu 36 darjah Celsius setakat semalam.

"Selain itu, Alor Setar dan Felda Chuping turut mencatatkan suhu tinggi di Malaysia iaitu 37.6 darjah Celsius sejak Isnin lalu seterusnya beberapa daerah di utara Semenanjung mula mencatatkan suhu tinggi iaitu Butterworth (36.7 darjah Celsius); Ipoh (36.2); Langkawi (36.2) dan Prai (36.2).

"Taburan hujan di seluruh negara dijangka berkurangan antara 20 hingga 60 peratus terutama negeri di utara Semenanjung," katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, cuaca panas itu akan berterusan sehingga April dan kesan El Nino akan mula dirasai di seluruh Semenanjung, Sabah dan Miri serta Limbang, Sarawak pada hujung bulan ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca kering dan peningkatan suhu berpotensi menyebabkan virus denggi disebarkan dengan cepat.

"Cuaca panas akan mempengaruhi tabiat pergerakan nyamuk dan penyebaran virus denggi .

"Malah, peningkatan suhu akan menyebabkan nyamuk lebih aktif menggigit dan tempoh replikasi virus akan menjadi lebih singkat sehingga berpotensi menyebabkan virus disebarkan dengan lebih cepat," katanya.

Laporan lanjut di http://www.hmetro.com.my/node/106890#foto?platform=hootsuite

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3