DUBAI: Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai berkata ia memerlukan satu tahun lagi untuk mencapai sasaran penumpang yang signifikan kerana perang Iran telah menyekat permintaan di hab penerbangan antarabangsa terbesar di dunia.

“Kami menyasarkan untuk mencapai rekod 100 juta penumpang tahun ini (2026), namun saya rasa sasaran itu mungkin perlu ditangguhkan ke 2027, namun kami masih yakin ia akan tercapai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Dubai Airports, Encik Paul Griffiths, dalam satu temu bual.