Topic followed successfully
Go to BHkuLaporan: AS, Lembaga Keamanan rancang pelan Gaza tanpa Hamas
Laporan: AS, Lembaga Keamanan rancang pelan Gaza tanpa Hamas
Rundingan pelucutan senjata buntu, pembinaan semula mahu dimulakan di kawasan luar kawalan Hamas
May 15, 2026 | 11:57 AM
Laporan: AS, Lembaga Keamanan rancang pelan Gaza tanpa Hamas
Seorang pelukis Palestin menghasilkan mural bintang bola sepak Lamine Yamal yang pernah mengibarkan bendera Palestin ketika perarakan kemenangan LaLiga Barcelona, di atas runtuhan bangunan musnah di kem pelarian Shati, Bandar Gaza, pada 13 Mei 2026. Amerika Syarikat bersama “Lembaga Keamanan” yang menyelia gencatan senjata di Gaza kini mahu melaksanakan pelan pentadbiran dan pembinaan semula di kawasan yang tidak lagi berada di bawah kawalan Hamas selepas rundingan pelucutan senjata menemui jalan buntu. - Foto REUTERS
BAITULMAKDIS: Amerika Syarikat bersama “Lembaga Keamanan” yang menyelia gencatan senjata di Gaza mahu mula melaksanakan pelan pentadbiran dan pembinaan semula Gaza di kawasan yang tidak lagi berada di bawah kawalan Hamas, selepas rundingan melucutkan senjata kumpulan itu menemui jalan buntu.
Menurut seorang pegawai Lembaga Keamanan dan dua sumber lain yang mengetahui perbincangan tersebut, keputusan untuk mengaktifkan pelan kecemasan atau “pelan B” dibuat selepas usaha memujuk Hamas menyerahkan senjata berat gagal mencapai kemajuan.
Laporan berkaitan
Lembaga Keamanan akui pelan damai Gaza masih buntuMay 14, 2026 | 10:46 AM
Lembaga Keamanan desak Hamas lucut senjata di Gaza jelang hujung mingguApr 7, 2026 | 1:51 PM
