WASHINGTON/ISLAMABAD: Iran dilaporkan telah mengemukakan cadangan baharu kepada Amerika Syarikat bagi membuka semula Selat Hormuz dan menamatkan perang, termasuk menangguhkan rundingan nuklear ke peringkat kemudian, menurut laporan media Axios yang memetik pegawai Amerika dan sumber berkaitan.

Usulan itu disampaikan melalui pengantara di Pakistan dan mencadangkan lanjutan gencatan senjata bagi memberi ruang kepada kedua-dua pihak mencapai satu penyelesaian kekal.