Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Laporan: Israel mungkin lancar serangan ke atas program nuklear Iran

Feb 13, 2025 | 1:47 PM
Gambar yang dikeluarkan oleh Pejabat Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menunjukkan beliau di hadapan anggota tentera udara Iran di Tehran pada 7 Februari 2025. Pada tarikh tersebut, Ayatollah Khamenei menegaskan kepada pemerintannya agar tidak mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat, menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang “tidak bijaksana.”
Amaran ini muncul beberapa hari selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyeru agar dimeterai “perjanjian damai nuklear yang disahkan” dengan Iran, sambil menegaskan bahawa Iran “tidak boleh memiliki senjata nuklear.”
Gambar yang dikeluarkan oleh Pejabat Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menunjukkan beliau di hadapan anggota tentera udara Iran di Tehran pada 7 Februari 2025. Pada tarikh tersebut, Ayatollah Khamenei menegaskan kepada pemerintannya agar tidak mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat, menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang “tidak bijaksana.” Amaran ini muncul beberapa hari selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyeru agar dimeterai “perjanjian damai nuklear yang disahkan” dengan Iran, sambil menegaskan bahawa Iran “tidak boleh memiliki senjata nuklear.” - Foto AFP

WASHINGTON – Perisikan Amerika Syarikat memberi amaran bahawa Israel kemungkinan besar akan melancarkan serangan awal ke atas program nuklear Iran menjelang pertengahan tahun 2025 ini, menurut laporan The Washington Post pada 12 Februari yang memetik beberapa laporan risikan.

Serangan tersebut dijangka akan melengahkan program nuklear Iran selama beberapa minggu atau bulan, namun berpotensi meningkatkan ketegangan di rantau tersebut dan mencetuskan konflik yang lebih luas.

Laporan-laporan risikan itu merangkumi tempoh akhir pentadbiran Joe Biden sehingga permulaan pentadbiran Donald Trump.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa pemerintah Israel,  Agensi Perisikan Pusat (CIA),  Agensi Perisikan Pertahanan (DIA) dan Pejabat Pengarah Perisikan Nasional enggan memberikan komen.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik Brian Hughes, menegaskan bahawa Presiden Trump tidak akan membenarkan Iran memperoleh senjata nuklear.

“Walaupun beliau lebih suka menyelesaikan isu ini melalui rundingan damai, beliau tidak akan menunggu selama-lamanya jika Iran enggan bekerjasama,” kata Encik Hughes kepada The Washington Post.

Menurut laporan, perisikan paling komprehensif itu dikeluarkan pada awal Januari oleh Laporan perisikan paling komprehensif diterbitkan pada awal Januari dan dihasilkan oleh Bahagian Perisikan Ketua Staf Gabungan dan DIA.

Laporan itu memberi amaran bahawa Israel kemungkinan besar akan menyerang fasiliti nuklear Iran di Fordow dan Natanz.

Pegawai semasa dan bekas pegawai Amerika yang biasa dengan laporan perisikan itu menyatakan bahawa Israel percaya serangan mereka ke atas Iran pada Oktober 2024 telah melemahkan pertahanan udara negara tersebut dan membuka ruang untuk serangan susulan.

Ketegangan antara Iran dan Israel telah meningkat pada 2024 lalu, dengan kedua-dua pihak melancarkan serangan balas susulan konflik di Gaza.

Laporan perisikan membayangkan dua pilihan serangan yang berpotensi, di mana kedua-duanya memerlukan Amerika Syarikat menyediakan sokongan pengisian bahan bakar udara dan perisikan kepada Israel.

Dalam temu bual bersama Fox News pada 10 Februari, Encik Trump menyatakan bahawa beliau lebih suka mencapai perjanjian dengan Iran bagi mencegah negara itu daripada mendapatkan senjata nuklear.

“Ramai yang beranggapan bahawa Israel, dengan bantuan atau kelulusan kami, akan melancarkan serangan besar-besaran ke atas mereka. Namun, saya lebih suka perkara itu dielakkan,”  kata Encik Trump.

Pada 2015, di bawah pentadbiran Barack Obama, Amerika Syarikat bersama sekutu Eropah telah merundingkan perjanjian dengan Iran untuk menghentikan program nuklearnya.

Namun, pada 2018, Encik Trump menarik diri daripada perjanjian itu atas dorongan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan mengenakan semula sekatan ke atas Tehran.

Sejak itu, Iran telah menghidupkan semula program nuklearnya dan sedang memperkaya uranium, menurut laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg