Laporan: Negara Teluk hampir sertai perang menentang Iran
Laporan: Negara Teluk hampir sertai perang menentang Iran
Saudi, UAE dilapor di ambang sertai konflik susulan serangan berterusan Iran menjejas ekonomi, keselamatan tenaga
Mar 25, 2026 | 11:49 AM
Laporan: Negara Teluk hampir sertai perang menentang Iran
Asap tebal kelihatan berkepul dari Pelabuhan Jebel Ali di Amiriah Arab Bersatu susulan serangan Iran selepas serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Teheran, pada 1 Mac 2026, ketika sekutu Washington di Asia Barat dilaporkan berada di ambang menyertai perang menentang Iran. - REUTERS
DUBAI/RIYADH: Sekutu Amerika Syarikat di Asia Barat dilaporkan semakin hampir untuk menyertai perang menentang Iran, ketika tekanan meningkat susulan serangan berterusan Teheran yang menjejaskan ekonomi negara Teluk dan kestabilan serantau.
Menurut laporan The Wall Street Journal, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) kini bergerak ke arah kerjasama lebih erat dengan Amerika Syarikat dan Israel, termasuk membenarkan penggunaan kemudahan ketenteraan serta mengambil langkah ekonomi terhadap kepentingan Iran.
Laporan berkaitan
Iraq rancang mesyuarat maya Liga Arab kedua, bincang ketegangan keselamatan serantauMar 23, 2026 | 8:41 PM
Negara Teluk berdepan dilema selepas serangan IranMar 5, 2026 | 2:16 PM

