Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Larangan import ayam ke SG jejas penternak M'sia buat jangka panjang

May 26, 2022 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Penternak ayam Malaysia akan menghadapi satu lagi masalah apabila eksport ayam hidup dilarang.



Setiausaha Persatuan Penternak Ayam (Kecil dan Sederhana) Johor, Encik Lau Ka Leng, berkata larangan itu hanya sebagai langkah sementara pihak kerajaan Malaysia dalam menangani masalah kekurangan ayam di negara itu, namun boleh menjejas penternak ayam itik pada masa depan.



"Kita akan kerugian dalam jangka masa panjang kerana Singapura mungkin melihat kepada negara lain yang berdekatan untuk menggantikan ayam dari Malaysia," katanya ketika dihubungi, lapor The Star.



Encik Lau memetik satu langkah yang sama dibuat oleh Malaysia apabila ia mengenakan larangan sementara bagi eksport telur semasa Covid-19 apabila kerajaan mengenakan sekatan pergerakan yang dikenali sebagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



"Sebelum larangan itu, kami mengeksport kira-kira empat juta telur sebulan ke Singapura.



"Apabila larangan itu ditarik balik, kami mendapati Singapura mengurangkan importnya sebanyak separuh, yang menyebabkan lebihan telur di sini," katanya.



Encik Lau bimbang negara itu akan menyaksikan lebihan ayam pula apabila bilangan ternakan itu stabil di pasaran tempatan, sedang Singapura mungkin mengurangkan import ayam dari Malaysia, mengakibatkan kerugian kepada penternak ayam tempatan.



Malaysia akan menghentikan eksport 3.6 juta ekor ayam sebulan mulai 1 Jun ini sehingga pengeluaran dan harga di pasaran tempatan menjadi mantap.



Selain itu, lebih banyak tempat penyembelihan di luar negara juga akan diiktiraf untuk meningkatkan bekalan ayam di Malaysia, dengan permit import bagi ayam itik akan dibatalkan.



Langkah itu diambil sedang negara itu menghadapi kekurangan ayam di samping harga yang melambung tinggi.



Malaysia mengeksport lebih 49 juta ayam hidup pada 2020, selain 42.3 tan daging ayam dan itik, menurut data Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.



Singapura mengimport hampir 73,000 tan ayam pada 2021 - lebih satu pertiga daripada bekalan ayamnya - dari Malaysia.



Ayam adalah daging paling banyak dimakan di Singapura, dengan penggunaan per kapita sebanyak 36 kilogram pada 2020, menurut data dari Agensi Makanan Singapura (SFA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >