Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Latihan fizikal dimuat dalam persiapan bakal jemaah haji Indonesia

Nov 02, 2023 | 04:16 PM



JAKARTA: Kementerian Hal Ehwal Ugama Indonesia berkata latihan manasik (tatacara pelaksanaan) haji 2024 bukan tertumpu pada amalan solat sahaja, bahkan latihan fizikal.


“Orientasi manasik kami setakat ini lebih kepada membaca dan menghafal doa. Kami cuba memperkenalkan latihan fizikal.

“Sebelum melakukan manasik, orang ramai akan diminta berjalan dahulu,” kata pengarah pembangunan haji kementerian itu, Encik Arsad Hidayat, pada Rabu, lapor agensi berita Antara.


Menurutnya, selain solat, ibadah haji melibatkan kegiatan fizikal. Justeru, bakal jemaah haji perlu meningkatkan kesihatan fizikal untuk menunaikan haji.

Kesihatan fizikal jemaah haji akan dikaitkan dengan keupayaan kesihatan mereka, yang menjadi salah satu kebimbangan Kementerian Hal Ehwal Ugama, dalam melaksanakan persiapan operasi haji 2024.

Ketua pengarah haji dan umrah kementerian itu berkata pihaknya telah melaksanakan simposium yang membincangkan secara khusus keperluan keupayaan kesihatan bakal jemaah haji.

Menurut Encik Hidayat, simposium haji itu menghasilkan sembilan saranan dan menekankan pemantapan keupayaan kesihatan bakal jemaah haji.

Salah satu saranan ialah Kementerian Kesihatan memohon pemeriksaan keupayaan kesihatan berdasarkan peraturan Menteri Kesihatan 2016 tentang keupayaan kesihatan jemaah haji atau pindaannya.

Kementerian Kesihatan juga akan menjalankan pemeriksaan kesihatan lain, termasuk kesihatan mental, kesihatan kognitif, dan kegiatan kehidupan harian.

“Kementerian Kesihatan juga disaran menambah baik aplikasi Sistem Berkomputer Bersepadu Haji Bidang Kesihatan, bagi menentukan keupayaan kesihatan jemaah haji,” katanya.

Menurutnya, keupayaan kesihatan akan menjadi perhatian bersama pemerintah, bakal jemaah haji dan masyarakat.

Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kesihatan akan memberi pendidikan dan penyebaran maklumat berkaitan keupayaan kesihatan haji secara berperingkat kepada bakal jemaah melalui pendidikan kesihatan dan bimbingan larian amalan haji.

Kurang latihan fizikal semasa di tanah air, di samping amalan pemakanan tidak seimbang dan kurang meminum air antara penyebab utama kebanyakan jemaah haji cepat berasa penat dan jatuh sakit di Tanah Suci. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >