Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tempoh tunggu tunai haji di Indonesia dikurangkan 2 tahun

Oct 23, 2023 | 11:59 AM
TAMBAH KUOTA HAJI: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo berhasil mendapatkan tambahan kuota jemaah haji, ekoran pertemuan dengan Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Encik Mohammed bin Salman Al Saud di Riyadh.
TAMBAH KUOTA HAJI: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo berhasil mendapatkan tambahan kuota jemaah haji, ekoran pertemuan dengan Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Encik Mohammed bin Salman Al Saud di Riyadh. - Foto FACEBOOK JOKO WIDODO

JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo menyatakan pada Ahad bahawa tambahan kuota haji daripada kerajaan Arab Saudi untuk haji 2024, akan mengurangkan masa menunggu bakal jemaah haji selama dua tahun.

Dalam ucapannya pada acara Hari Santri 2023 di Surabaya, Jawa Timur, Encik Widodo yang akrab dengan panggilan Jokowi mendedahkan hasil pertemuan dua halanya, dengan Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed Salman Al Saud di Riyadh, pada Jumaat.

“Saya sampaikan kepada beliau, bahawa ketika ini di Indonesia, jika orang ramai hendak menunaikan haji, mereka perlu menunggu selama 47 tahun,” katanya pada majlis itu yang disiarkan di saluran YouTube Sekretariat Presiden.

Agensi berita rasmi Antara melaporkan bahawa Encik Jokowi menyebut, putera mahkota terkejut apabila mengetahui tempoh menunggu bakal jemaah haji di Indonesia boleh mencecah 47 tahun.

Dalam pertemuan itu, Presiden Jokowi meminta tambahan kuota haji memandangkan penduduk Indonesia sudah mencecah 278 juta orang.

Menurutnya, Arab Saudi kemudian memberikan Indonesia kuota tambahan sebanyak 20,000 untuk haji 2024.

“Ini adalah jumlah yang sangat besar. Justeru, mereka yang menunggu 47 tahun boleh dibawa ke hadapan kepada 45 tahun. Ya, ia masih lama, tetapi sekurang-kurangnya ia dibawa ke hadapan,” kata Encik Jokowi.

Sebelum ini dilaporkan bahawa kuota jemaah haji Indonesia untuk jemaah haji 2024 dihadkan kepada 221,000 orang, manakala kuota untuk petugas haji ditetapkan pada 2,200 orang.

Pemerintah Indonesia telah mula bersiap sedia untuk perkhidmatan haji 2024 termasuk menyediakan pegawai haji yang berkelayakan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg