Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Lawatan Anwar ke China berjaya; tarik pelaburan, ekonomi

Apr 06, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke China dari 29 Mac hingga 1 April baru-baru ini dianggap berjaya oleh banyak pihak, terutama dari segi pelaburan dan ekonomi.



Sebanyak 19 memorandum persefahaman (MOU) bernilai RM170 bilion ($51.2 bilion) dimeterai antara syarikat Malaysia dengan China, termasuk untuk meningkatkan pelaburan dalam teknologi hijau, ekonomi digital dan pertanian moden.



Datuk Anwar berkata kejayaan luar biasa itu disebabkan usaha berterusan dan semangat berpasukan rentas kementerian yang dilaksanakan dengan baik.



Beliau berkata kejayaan itu secara tidak langsung memberi keyakinan baru kepada pelabur menerusi politik yang stabil serta ketetapan lebih jelas untuk ada kaedah baru yang lebih cekap dan bersih.



"Ini kerana bukan seorang Perdana Menteri. Tetapi (sebagai) pasukan, pimpinan dan penjawat awam, menyusun acara, mendapatkan hampir 50 syarikat gergasi terbesar ini untuk boleh hadir.



"Ini kerana usaha dibuat bukan sahaja oleh Kementerian Luar tetapi juga kementerian terkait, berbincang dan menemui mereka (China), sebelum ada pertemuan itu," katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Perkembangan itu, katanya, sekali gus menunjukkan keyakinan China, khususnya pelabur dari negara itu terhadap ekonomi Malaysia.



Mengulas lanjut, Datuk Anwar mengakui dengan imej Malaysia yang baik, beliau mendapat layanan luar biasa daripada Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri China, Encik Li Qiang.



"Saya terkesan dan terharu, bukan sekadar layanan, malah perbincangan hati ke hati, menghormati pendirian kita, meneliti beberapa inisiatif termasuk mengenai pembangunan, keselamatan dan peradaban.



"Malah, dalam (kata) pengantar, beliau (Jinping) sebut mengenai (konsep) madani, beliau sebut minat saya yang suka mengkaji Confucius dan beliau anggap kita suara dalam dunia Islam. Jadi perbincangan itu penuh dengan penghormatan," katanya.



BHM juga melaporkan bahawa hasil lawatan itu, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) memperoleh RM2.44 bilion potensi eksport membabitkan sembilan pengimport utama China.



Potensi jualan itu diperoleh ketika satu perbincangan meja bulat.



Antara produk yang diminati pengimport China termasuk minyak sawit dan produk berkaitan, sarang burung yang boleh dimakan, makanan dan minuman, durian serta produk besi.



The Star pula melaporkan kumpulan perniagaan Malaysia menyatakan hasil lawatan itu akan memberi isyarat kuat dan positif kepada pelabur antarabangsa, serta meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara.



Presiden Persatuan Syarikat Kecil dan Sederhana (SME), Encik Ding Hong Sing, mengalu-alukan pemeteraian itu sambil berkata ia adalah berita baik kepada industri tempatan, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.



"Ia akan mewujudkan kesan besar. China terkenal dengan kepakaran teknologi tinggi dan Malaysia akan dapat belajar banyak daripada pihak mereka," katanya.



Jumlah pelaburan RM170 bilion itu adalah yang terbesar sejauh ini dari China.



Datuk Anwar juga menyampaikan undangan kepada Encik Xi untuk melawat Malaysia pada 2024 sebagai menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara dua negara.



Encik Xi kali terakhir melawat Malaysia pada 2013 apabila perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif ditandatangani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >