Topik diikuti
Pergi ke BHkuLebih 1.6j anggota jemaah berhimpun di Arafah untuk kemuncak haji
Lebih 1.6j anggota jemaah berhimpun di Arafah untuk kemuncak haji
Mula gerak ke Muzdalifah selepas matahari terbenam untuk bermalam di sana
May 26, 2026 | 1:39 PM
Lebih 1.6j anggota jemaah berhimpun di Arafah untuk kemuncak haji
Jemaah haji berkumpul di Jabal Rahmah di Padang Arafah ketika menunaikan ibadah haji 2026 di luar Kota Suci Makkah, Arab Saudi pada 26 Mei. - Foto REUTERS
ARAFAT: Lebih 1.6 juta anggota jemaah haji berhimpun di Padang Arafah pada 26 Mei bagi menunaikan wuquf, rukun kemuncak dan paling penting dalam ibadah haji, dalam suasana penuh keinsafan bagi mengejar keampunan Allah swt dan mengharapkan doa masing-masing mustajab.
Jemaah dari seluruh dunia mula meninggalkan penginapan masing-masing di Makkah seawal pagi dengan menaiki bas yang disediakan pihak berkuasa Arab Saudi menuju ke Arafah yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Masjidil Haram untuk menghabiskan sepanjang hari dengan berdoa, membaca Al-Quran, berzikir dan memohon keampunan sehingga matahari terbenam.
Laporan berkaitan
Lebih 1.5j anggota jemaah mula tunai haji di tengah cuaca panas, ketegangan geopolitikMay 25, 2026 | 4:25 PM
Jemaah haji mula bergerak ke Mina sempena hari TarwiyahMay 25, 2026 | 2:59 PM
