Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 130 korban gempa Nepal, dijangka bertambah

Ribuan bermalam di lapangan sejuk kerana takut masuk rumah, kerja menyelamat terpaksa bersihkan jalan tersekat tanah runtuh untuk tiba kawasan terjejas
Nov 04, 2023 | 05:00 PM



KATHMANDU: Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda barat Nepal pada Jumaat telah meningkat kepada lebih 130 hingga tengah hari Sabtu dan dijangka meningkat, menurut polis.


Berpuluh-puluh orang cedera, dengan saksi mengatakan rumah di kawasan terjejas runtuh dan bangunan di New Delhi, India, bergegar.

Pusat Seismologi Kebangsaan Nepal berkata gempa itu berukuran 6.4 magnitud tetapi Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) kemudian menurunkan magnitud kepada 5.7 dan Kajian Geologi Amerika Syarikat pula mengatakan 5.6 magnitud.

Gempa itu ialah yang paling buruk sejak 2015, apabila kira-kira 9,000 orang terbunuh dalam dua gempa di Nepal.

Seluruh bandar, kuil berusia berabad-abad dan tapak bersejarah lain runtuh, dengan lebih sejuta rumah musnah, dengan kerugian dianggarkan sebanyak AS$6 bilion ($8.1 bilion).

Para pegawai bimbang angka kematian gempa pada Jumaat mungkin meningkat kerana mereka tidak dapat menjalin hubungan di kawasan berbukit berhampiran Ramidanda, pusat gempa itu, iaitu kira-kira 500 km ke barat ibu kota Kathmandu, tempat gegaran turut dirasakan.

Ramidanda berada di Jajarkot, sebuah daerah berbukit dengan penduduk berjumlah 190,000 orang dan kampung berselerak di bukit terpencil.

“Jumlah yang cedera mungkin mencecah ratusan dan kematian juga boleh meningkat,” kata pegawai daerah Jajarkot, Encik Harish Chandra Sharma, kepada agensi berita Reuters melalui telefon.


Jurucakap polis, Encik Kuber Kadayat, berkata 92 orang terbunuh di Jajarkot dan 36 di daerah jiran Rukum Barat, kedua-duanya di wilayah Karnali.

Sekurang-kurangnya 85 orang cedera di Rukum Barat dan 55 di Jajarkot, kata seorang pegawai di pejabat perdana menteri, manakala Encik Sharma berkata di Jajarkot sahaja sekurang-kurangnya 50 orang berada di hospital.

“Banyak rumah runtuh, banyak lagi retak. Beribu-ribu penduduk menghabiskan sepanjang malam di kawasan lapang yang sejuk kerana mereka terlalu takut untuk masuk ke dalam rumah retak ketika gegaran susulan melanda,” kata Encik Sharma.

“Saya sendiri tidak dapat masuk,” ujarnya.

Kerja mencari dan menyelamat harus membersihkan dulu jalan-jalan yang tersekat oleh tanah runtuh ekoran gempa itu untuk sampai ke kawasan terjejas, kata seorang pegawai polis, Encik Namaraj Bhattarai.

Perdana Menteri, Encik Pushpa Kamal Dahal, terbang ke kawasan itu awal Sabtu dengan 16 anggota pasukan perubatan tentera, untuk menyelia kerja mencari, menyelamat dan bantuan, kata pejabatnya.

Perdana Menteri Nepal itu melahirkan rasa dukacita mendalam atas kehilangan nyawa dan harta benda dalam gempa itu, dan mengarahkan agensi keselamatan melancarkan operasi menyelamat dan bantuan segera, dalam satu catatan di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Pusat Seismologi Kebangsaan Nepal berkata gempa itu berlaku pada 11.47 malam (2.02 pagi Sabtu waktu Singapura) di daerah Jajarkot di wilayah Karnali. Jajarkot terletak kira-kira 500km ke barat ibu kota Kathmandu.

Rakaman media tempatan menunjukkan bangunan rumah bertingkat runtuh, dengan perabot besar bertaburan.

Video di X juga menunjukkan orang ramai berlari ke jalan kerana beberapa bangunan dikosongkan.

Gegaran dirasakan hingga ke daerah jiran dan sejauh Kathmandu, kata penduduk. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >