Topik diikuti
Pergi ke BHkuLebih 20 penerbangan hujung minggu S’pura - selatan China dibatal dek Taufan Noul
Lebih 20 penerbangan hujung minggu S’pura - selatan China dibatal dek Taufan Noul
Lebih 20 penerbangan hujung minggu S’pura - selatan China dibatal dek Taufan Noul
Lebih 20 penerbangan Singapura ke dan dari Hong Kong serta beberapa bandar selatan China dibatalkan hujung minggu ini apabila Taufan Noul melanda wilayah Guangdong China dan kawasan jirannya.
Sebanyak 13 penerbangan Cathay Pacific dan Singapore Airlines antara Singapura dengan Hong Kong dibatalkan pada 26 Julai, menurut halaman maklumat penerbangan Lapangan Terbang Changi.
Penerbangan yang terjejas ialah:
Hong Kong ke Singapura: CX659, CX691, CX759, CX739, CX791, CX635, dan SQ899.
Singapura ke Hong Kong: CX714, CX710, CX658, CX652, CX734, dan CX716.
Sehari sebelumnya, syarikat penerbangan utama Hong Kong, Cathay Pacific, berkata penerbangan yang dijadualkan tiba dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong antara 1.15 pagi dengan 6 petang pada 26 Julai telah dibatalkan.
Selain itu, sejumlah lapan penerbangan antara Shenzhen dengan Singapura – yang ditawarkan oleh Shenzhen Airlines, China Southern Airlines dan SIA – telah dibatalkan pada 26 Julai.
Penerbangan yang terjejas ialah:
Shenzhen ke Singapura: ZH235, ZH239, ZH229, CZ8117, SQ857, dan SQ855.
Singapura ke Shenzhen: ZH236 dan ZH230.
Terdahulu, SIA berkata ia telah membatalkan penerbangan SQ856 dari Singapura ke Shenzhen pada 25 Julai.
Dua penerbangan lain pada 25 Julai antara Lapangan Terbang Changi dengan Shenzhen yang dikendalikan oleh China Southern Airlines dan Shenzhen Airlines juga dibatalkan, dengan penerbangan ketiga ditangguhkan.
Menjawab pertanyaan The Straits Times, anak syarikat SIA dan syarikat penerbangan tambang rendah Scoot berkata pada petang 25 Julai bahawa ia telah membatalkan penerbangan TR128 (Singapura ke Shantou) dan TR129 (Shantou ke Singapura) pada 25 Julai.
Noul ialah taufan ketiga yang melanda China pada Julai dan telah memaksa lebih 340,000 orang di wilayah Guangdong berpindah.
Pihak berkuasa Hong Kong telah menaikkan amaran ribut Isyarat No 9 – kedua tertinggi – pada 26 Julai, ketika ribut itu melalui jarak 80 kilometer dari bandar, sebelum menurunkannya kepada Isyarat No. 8 pada 7.10 pagi.
Penerbangan akan disambung semula secara beransur-ansur selepas 6 petang pada 26 Julai, kata pihak berkuasa itu lagi.