Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 3,000 maut bah di Libya, 10,000 dikhuatiri hilang

Sep 12, 2023 | 01:36 PM



BENGHAZI (Libya): Pihak berkuasa di timur Libya berkata sekurang-kurangnya 3,000 orang terbunuh dan ribuan hilang, selepas banjir besar melanda bandar Derna berikutan ribut dan hujan lebat.


Encik Ahmed Mismari, jurucakap Tentera Nasional Libya (LNA) yang mengawal Libya timur, berkata dalam satu sidang media televisyen bencana itu berlaku selepas empangan di Derna runtuh, “menghanyutkan seluruh kawasan kejiranan dengan penduduknya ke laut”.

Beliau memberikan jumlah mangsa dikhuatiri hilang sekitar 5,000 hingga 10,000 orang.

Terdahulu pada Isnin, ketua Bulan Sabit Merah di wilayah itu berkata angka kematian ialah 150 dan dijangka mencecah 250.

Libya secara politik dibahagikan antara timur dengan barat dan perkhidmatan awam runtuh sejak pemberontakan yang disokong Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) 2011, yang menyebabkan konflik bertahun-tahun.

Pemerintah yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa di Tripoli tidak mengawal kawasan timur.

Di Tripoli, Majlis Presiden yang dianggotai tiga orang, yang berfungsi sebagai ketua negara di negara yang berpecah itu, meminta masyarakat antarabangsa supaya segera menghulurkan bantuan.

“Kami menyeru negara-negara saudara dan sahabat serta pertubuhan antarabangsa agar memberikan bantuan,” katanya.

Encik Osama Hamad, ketua pentadbiran berpangkalan di timur, memberitahu televisyen tempatan lebih 3,000 maut dan beribu-ribu lagi hilang.

Selepas melanda Greece minggu lalu, ribut Daniel melanda Mediterranean pada Ahad, membanjiri jalan raya dan memusnahkan bangunan di Derna, dan membadai penempatan lain di sepanjang pantai, termasuk bandar kedua terbesar di Libya, Benghazi.


Video menunjukkan arus deras mengalir melalui pusat bandar Derna, dengan banyak bangunan terjejas. TV Almostkbal Timur Libya menyiarkan rakaman menunjukkan orang ramai terkandas di bumbung kenderaan mereka, menunggu bantuan dan beberapa kenderaan dihanyutkan.


“Ribuan orang hilang, dan yang terkorban melebihi 2,000,” kata Encik Osama kepada Televisyen al-Masar. Seluruh kawasan kejiranan di Derna telah hilang, bersama penduduk mereka... dihanyutkan oleh air.”


Encik Mismari berkata tujuh anggota LNA turut terkorban.

Seorang penduduk Derna, Encik Saleh al-Obaidi, berkata beliau berjaya melarikan diri bersama keluarganya, walaupun rumah mereka di lembah berhampiran bandar itu runtuh.

“Orang ramai sedang tidur dan apabila bangun, mendapati rumah mereka dikelilingi air,” katanya kepada Reuters.


Encik Ahmed Mohamed, seorang lagi penduduk, berkata: “Kami sedang tidur, dan apabila kami bangun, kami mendapati air mengepung rumah. Kami berada di dalam dan cuba keluar.”

Saksi berkata paras air mencecah tiga meter.

Di barat Derna, visual menunjukkan jalan runtuh antara bandar pelabuhan Sousse dengan Shahat, tempat tapak arkeologi Cyrene yang diasaskan Yunani dan disenaraikan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Perbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Parlimen Libya yang berpangkalan di timur mengisytiharkan tiga hari berkabung. Encik Abdulhamid al-Dbeibah, Perdana Menteri pemerintah sementara di Tripoli, turut mengisytiharkan tiga hari berkabung di semua bandar terjejas, sambil menyifatkannya sebagai “kawasan bencana”.

Empat pelabuhan minyak utama di Libya – Ras Lanuf, Zueitina, Brega dan Es Sidra – ditutup mulai Sabtu selama tiga hari, kata dua jurutera minyak.


Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Pihak berkuasa mengisytiharkan keadaan darurat buruk, menutup sekolah dan kedai serta mengenakan perintah berkurung. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >