Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 40 maut dalam serangan Israel di Lebanon

Nov 7, 2024 | 1:30 PM
Para pekerja kecemasan berusaha memadamkan kebakaran selepas serangan tentera udara Israel ke atas kawasan padat penduduk di timur bandar Baalbek, Lebanon pada 6 November.
Para pekerja kecemasan berusaha memadamkan kebakaran selepas serangan tentera udara Israel ke atas kawasan padat penduduk di timur bandar Baalbek, Lebanon pada 6 November. - Foto AFP

BEIRUT: Serangan Israel di sekitar bandar timur Baalbek di Lembah Bekaa, Lebanon, pada 6 November telah membunuh 40 orang dan mencederakan 53 yang lain, menurut kementerian kesihatan negara itu.

Serangan Israel juga telah menyasarkan kubu kuat Hezbollah di pinggir selatan ibu kota Beirut.

Sekurang-kurangnya empat serangan menyasarkan kawasan itu pada 6 November selepas tentera Israel mengarahkan penduduk berpindah dari beberapa lokasi berdekatan.

Tiada laporan segera mengenai kematian atau kecederaan dalam serangan Israel itu.

Serangan itu berlaku sejurus selepas setiausaha agung Hezbollah Encik Naim Qassem berkata beliau tidak percaya penyelesaian politik akan menamatkan permusuhan.

Beliau berkata mungkin ada jalan untuk rundingan tidak langsung jika Israel menghentikan serangannya.

“Apabila musuh memutuskan menghentikan pencerobohan, terdapat jalan untuk rundingan yang telah kami tentukan dengan jelas - rundingan tidak langsung melalui Lebanon dan speaker parlimen Nabih Berri,” kata Encik Qassem.

Israel dan Hezbollah yang disokong Iran telah berbalas tembakan selama lebih setahun selari dengan perang Gaza tetapi pertempuran telah meningkat sejak akhir September, apabila Israel tingkatkan pengeboman di kawasan selatan dan timur Lebanon serta pencerobohan darat ke perkampungan sempadan.

Usaha diplomatik Amerika Syarikat untuk menghentikan pertempuran antara Israel dengan Hezbollah, termasuk cadangan gencatan senjata selama 60 hari, goyah minggu lalu menjelang pilihan raya Amerika pada 5 November.

Lebih 3,000 orang telah terbunuh dalam serangan Israel ke atas Lebanon sepanjang 2023, kebanyakannya dalam tempoh enam minggu lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Lebanon, para penyelamat giat menyelusuri bangunan pangsapuri yang musnah di bandar Barja, selatan Beirut, untuk mencari mayat atau mangsa yang terselamat selepas serangan Israel pada petang 5 November, membunuh 20 orang di sana.

Tidak jelas sama ada serangan ke atas pangsapuri berkenaan menyasarkan anggota Hezbollah.

Tiada amaran pemindahan sebelum serbuan udara itu dilancarkan.

Hezbullah berkata pada 6 November bahawa ia telah meluncurkan peluru berpandu ke pangkalan tentera Israel berhampiran Lapangan Terbang Ben Gurion.

Tentera Israel berkata beberapa peluru berpandu itu telah dipintas. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg