Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 43,000 jemaah haji telah terima rawatan di hospital Makkah, Madinah

Jul 07, 2022 | 05:30 AM



MAKKAH: Lebih 43,000 jemaah haji telah menerima rawatan melalui hospital dan pusat kesihatan di Makkah dan Madinah menjelang musim haji tahun ini.



Ini merangkumi menyediakan rawatan khusus kepada jemaah haji, termasuk lima pembedahan jantung terbuka; 66 pengkateteran jantung; 182 prosedur dialisis; dan 95 operasi pembedahan, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).



Satu kelahiran turut didaftarkan oleh pihak kementerian kesihatan, dengan Hospital Kesihatan Maya menyediakan beberapa perkhidmatan maya termasuk empat diagnosis angin ahmar, dengan 743 jemaah haji mendapat manfaat daripada perkhidmatan kaunseling segera.



Kementerian itu menyediakan kemudahan kesihatannya di Makkah dan Madinah, dan di beberapa kawasan lain di Tanah Suci dalam usaha menyediakan perkhidmatan rawatan bermutu kepada jemaah haji.



Menurut SPA, bilangan hospital mencapai 23, disokong oleh 147 pusat kesihatan dengan kapasiti klinikalnya meningkat kepada 4,654 katil.



Manakala bilangan katil yang diperuntukkan bagi rawatan rapi mencecah 1,080 dan katil yang ditetapkan bagi rawatan strok haba mencapai 238.



Selain itu, bilangan pegawai kesihatan yang layak berkhidmat kepada jemaah haji adalah kira-kira 25,000.



Kementerian itu juga telah menyediakan pusat perubatan di kawasan stesen Keretapi Al Mashaer dan Kereta Api Al Haramain selain mempergiat usaha di kawasan berdekatan Masjidil Haram di Makkah.



Ini termasuk menyediakan 180 ambulans, dan menubuhkan 16 pusat kecemasan di kemudahan Jambatan Jamrah di Mina.



Sementara itu, seramai 300 orang kurang upaya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah baru-baru ini untuk menunaikan ibadah haji tahun ini, sebagai sebahagian inisiatif negara itu yang dilancarkan Kementerian Haji dan Umrah buat tahun kedua berturut-turut.



Inisiatif itu bertujuan membolehkan golongan kurang upaya dan anak yatim di semua wilayah di Saudi untuk menunaikan ibadah haji dengan mudah dan tenang, sebagai sebahagian usaha yang dilakukan kerajaan negara itu untuk berkhidmat kepada mereka, selaras dengan Wawasan Kerajaan Saudi 2030.



Pihak kementerian berhasrat mahu menyediakan pengiring dan perumahan yang sesuai, dengan semua kemudahan yang diperlukan golongan tersebut di Makkah dan Tanah Suci diambil kira.



Sukarelawan juga disediakan demi melayani mereka sepanjang masa.



Sebelum ini, Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Saudi telah mengeluarkan laporan bahawa suhu maksimum di Tanah Suci semasa musim haji tahun ini dijangka boleh mencecah antara 42-44 darjah Celcius pada siang hari.



NCM menyatakan beberapa kawasan di situ juga boleh menyaksikan kegiatan angin agak kencang pada waktu siang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >