Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 60 ditembak mati dalam pertikaian suku kaum di Papua New Guinea

Feb 19, 2024 | 02:42 PM



PORT MORESBY: Sekurang-kurangnya 64 orang terbunuh dalam serangan hendap di satu wilayah pergunungan terpencil di Papua New Guinea (PNG)


Mangsa ditembak mati semasa pertikaian suku kaum di wilayah Enga pada hujung minggu, kata jurucakap polis negara.

Penolong Pesuruhjaya Polis, Encik Samson Kua, berkata mayat-mayat itu ditemui selepas satu kejadian dipercayai serangan hendap pada awal pagi Ahad, 18 Februari.

“Kami percaya masih ada beberapa mayat lagi... di luar sana dalam semak,” katanya kepada agensi berita AFP.


Insiden itu berlaku berhampiran bandar Wabag, 600 kilometer ke barat laut ibu kota Port Moresby.

Polis menerima video grafik dan gambar yang dikatakan berasal dari tempat kejadian.

Video dan gambar itu menunjukkan mayat tanpa pakaian dan berlumuran darah, terbaring di tepi jalan dan berlonggok di belakang sebuah trak.

Insiden itu dipercayai dikaitkan dengan konflik antara suku kaum Sikin, Ambulin dan Kaekin.

Puak berlainan di wilayah itu telah bertempur antara satu sama lain di PNG selama berabad-abad, tetapi kemasukan senjata automatik telah menjadikan pertempuran lebih ngeri dan ganas.

Encik Kua berkata lelaki bersenjata yang terbabit menggunakan senapang termasuk SLR, AK-47, M4, AR15 dan M16, serta senapang patah dan senjata api buatan sendiri.


Wilayah pergunungan di PNG ini telah menjadi tempat keganasan suku kaum yang berterusan dengan berlakunya beberapa pembunuhan besar-besaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pemerintah PNG telah mencuba pelbagai kaedah termasuk tindakan kekerasan dan pengampunan untuk mengawal keganasan. Namun kurang berhasil.

Pasukan tentera telah mengerahkan kira-kira 100 anggota ke kawasan itu tetapi kurang berkesan malah mendapat tentangan hebat daripada kumpulan kaum yang memiliki senjata berat.

Pembunuhan sering berlaku di kalangan masyarakat di wilayah terpencil itu dengan puak-puak tertentu melancarkan serbuan atau serangan hendap sebagai membalas dendam atas serangan sebelumnya.

Orang awam, termasuk wanita hamil dan kanak-kanak, telah menjadi sasaran pada masa lalu.

Pembunuhan selalunya sangat ganas, dengan mangsa ditetak dengan parang, dibakar atau diseksa sebelum dibunuh.

Polis secara persendirian mengadu bahawa mereka tidak mempunyai sumber untuk melakukan tugas itu, dengan pegawai tidak dibayar gaji dengan betul sehinggakan beberapa senjata beralih ke tangan anggota suku kaum.

Penentang pemerintah Perdana Menteri, Encik James Marape, pada 19 Februari menggesa lebih ramai anggota polis dikerahkan selain mendesak pesuruhjaya polis negara itu meletak jawatan.

Penduduk PNG telah meningkat lebih seganda sejak 1980, menyebabkan tekanan semakin meningkat pada tanah dan sumber serta memburukkan lagi persaingan antara suku kaum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >