Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 6j tunai umrah suku ketiga 2024

Dec 31, 2024 | 10:35 AM
Menerusi laporan perangkaan yang dikeluarkan pada 29 Disember, Arab Saudi menyatakan sejumlah 6,254,751 jemaah melaksanakan ibadah umrah pada suku ketiga 2024.
Menerusi laporan perangkaan yang dikeluarkan pada 29 Disember, Arab Saudi menyatakan sejumlah 6,254,751 jemaah melaksanakan ibadah umrah pada suku ketiga 2024. - Foto INSTAGRAM SAUDI.ARABIA

RIYADH: Arab Saudi mencatatkan rekod baru dengan 6,254,751 anggota jemaah melaksanakan ibadah umrah pada suku ketiga 2024.

Demikian menurut laporan terkini Statistik Umrah yang diterbitkan oleh Pihak Berkuasa Umum bagi Perangkaan (Gastat).

Angka itu menunjukkan peningkatan 35 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Menurut laporan tersebut, 57.4 peratus daripada jumlah keseluruhan jemaah adalah lelaki, manakala selebihnya, 42.6 peratus, adalah wanita.

Warga Arab Saudi merangkumi 10.7 peratus daripada jumlah keseluruhan jemaah.

Jumlah jemaah asing mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 29.2 peratus berbanding 2023, dengan 3,348,512 orang.

Daripada jumlah itu, lelaki merangkumi 51 peratus (1,707,514 anggota jemaah), manakala wanita menyumbang 49 peratus (1,638,743 anggota jemaah).

Bagi jemaah tempatan, jumlahnya meningkat lebih drastik dengan kenaikan 42.4 peratus, menjadikan jumlah keseluruhan mencatat 2,906,239 anggota jemaah.

Daripada jumlah itu, warga Arab Saudi berjumlah 671,729 orang (23.1 peratus), sementara bukan warga Arab Saudi mencatatkan 2,234,510 orang (76.9 peratus).

Seorang pegawai Gastat pada 29 Disember berkata: “Peningkatan ini mencerminkan usaha kerajaan dalam memperluaskan kemudahan dan meningkatkan akses kepada ibadah umrah untuk semua.”

Laporan turut menekankan kumpulan umur terbesar dalam kalangan jemaah asing adalah antara 35 dengan 44 tahun, merangkumi 17.6 peratus.

Sebaliknya, kumpulan umur paling kecil adalah mereka yang berusia lebih 65 tahun dengan hanya 9.2 peratus.

Bagi jemaah tempatan, kumpulan umur 30 hingga 39 tahun mendominasi dengan 29.2 peratus.

Ogos pula menjadi bulan paling sibuk untuk jemaah tempatan, mencatatkan 40.1 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Sebahagian besar jemaah asing tiba menggunakan visa umrah, iaitu sebanyak 60.8 peratus, diikuti 29.7 peratus melalui visa lain.

Visa lawatan elektronik dan visa Teluk masing-masing menyumbang 6.6 peratus dan 2.9 peratus.

Salah seorang pengamat berkata: “Peningkatan jumlah jemaah ini menunjukkan sambutan positif terhadap pembaharuan dan inisiatif yang diperkenalkan untuk mempermudah proses pelaksanaan ibadah umrah.”

Dengan angka ini, Arab Saudi terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama untuk umat Islam melaksanakan ibadah umrah, sejajar dengan matlamat Wawasan 2030 negara tersebut. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg