Lebih 7,000 kedai ganja di Thai ditutup susulan aturan lebih ketat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 7,000 kedai ganja di Thai ditutup susulan aturan lebih ketat

Feb 2, 2026 | 1:50 PM

Lebih 7,000 kedai ganja di Thai ditutup susulan aturan lebih ketat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Lesen 8,636 daripada 18,433 kedai ganja di Thailand  tamat tempoh pada 2025 dengan hanya 1,339 atau 15.5 peratus memperbaharui lesen mereka.
Lesen 8,636 daripada 18,433 kedai ganja di Thailand tamat tempoh pada 2025 dengan hanya 1,339 atau 15.5 peratus memperbaharui lesen mereka. - Foto: The Straits Times

BANGKOK: Lebih 7,000 kedai ganja di seluruh Thailand telah memutuskan untuk tidak memperbaharui lesen mereka susulan peraturan yang lebih ketat dan perubahan dalam dasar ganja.

Keputusan tersebut mengakibatkan kerugian besar bagi ramai pemilik perniagaan kecil.

Menurut data Kementerian Kesihatan Awam sehingga 28 Disember 2025, terdapat 18,433 kedai ganja yang beroperasi di seluruh negara.

Bagaimanapun, lesen 8,636 daripadanya tamat tempoh pada 2025 dengan hanya 1,339 atau 15.5 peratus memperbaharui lesen mereka. Manakala baki 7,297 kedai memilih untuk menutup perniagaan.

Ini bermaka 11,136 kedai ganja masih beroperasi di sebalik peraturan lebih ketat..

Pakar menganggarkan penutupan 7,297 kedai tersebut boleh mengakibatkan kerugian puluhan juta baht dalam pelaburan, termasuk kos sewa, pengubahsuaian, peralatan dan gaji pekerja.

Kebanyakan perniagaan ini ditubuhkan selepas pemerintah Thailand mengumumkan kegiatan berkaitan penggambilan ganja tidak lagi sebagai kesalahan jenayah dadah pada 9 Jun 2022.

Namun, susulan perubahan dasar, kerajaan pimpinan parti Pheu Thai, mengharamkan penggunaan rekreasi dan mengehadkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan dan penyelidikan.

Peraturan baru itu telah menyukarkan perniagaan untuk mematuhinya.

Salah satu peraturan baru itu ialah kedai ganja mesti mempunyai pengamal perubatan tradisional berlesen atau berdaftar di lokasi untuk beroperasi secara sah.

Setakat Februari 2026, Kementerian Kesihatan Awam Thailand telah mengetatkan kawalannya secara mendadak ke atas industri ganja.

Kerajaan secara rasmi telah beralih kepada rangka kerja “kegunaan perubatan sahaja”, kembali menjadikan kegiatan mengambil ganja secara rekreasi sebagai kesalahan jenayah.

Bunga ganja kini diklasifikasikan sebagai “herba terkawal” dan hanya boleh dijual dengan preskripsi daripada profesional perubatan berlesen.

Preskripsi yang sah diperlukan untuk membeli ganja dengan had bekalan 30 hari.

Pelancong boleh mengakses ganja perubatan hanya selepas berunding dengan doktor Thailand dan mendapatkan sijil perubatan.

Selain itu, dispensari mesti menggaji profesional perubatan berlesen dan dilarang menjual ganja di ruang awam tertentu atau dalam talian.

Semua pengiklanan ganja diharamkan dan menghisap ganja di khalayak ramai adalah haram, dengan denda sehingga 25,000 baht (S$1,000).

Seorang pemilik kedai ganja di Bangkok berkata perniagaan mereka bermula dengan pelaburan awal sebanyak 200,000 baht dan secara beransur-ansur berkembang, dengan hampir satu juta baht dilaburkan dalam pengubahsuaian, peralatan dan stok.

Dengan peraturan lebih ketat, perniagaannya bukan saja tidak lagi berdaya maju malah mengakibatkan beliau kerugian besar. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg