Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 75 negara akan ikrar banteras penggunaan makanan sebagai senjata perang

Aug 04, 2023 | 02:55 PM



NEW YORK: Lebih 75 negara akan “beriltizam untuk mengambil tindakan bagi menamatkan penggunaan makanan sebagai senjata perang dan kebulurkan orang awam sebagai taktik peperangan” dengan menyokong amanat yang dilakar Amerika Syarikat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata pegawai kanan Amerika.


Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, akan mengeluarkan amanat itu pada Khamis apabila beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai kebuluran dan ketidakamanan makanan akibat konflik.

Seorang pegawai kanan Amerika berkata lebih banyak negara dijangka menandatangani amanat itu.

Encik Blinken juga akan mengumumkan pembiayaan baru Amerika berjumlah AS$362 juta ($486 juta) untuk “mengatasi pemacu ketidakamanan makanan dan meningkatkan daya tahan” di hampir sedozen negara Afrika dan Haiti, kata seorang lagi pegawai kanan Amerika.

Walaupun Amerika, Kesatuan Eropah (EU) dan lain-lain menuduh Russia menggunakan makanan sebagai senjata perang dengan memburukkan krisis makanan global apabila ia menyerang Ukraine pada Februari 2022, draf amanat itu tidak menyebut secara khusus sembarang negara.

“Kami tidak berusaha untuk mengubah ini menjadi pertarungan di Russia atau mana-mana negara lain,” kata pegawai kanan Amerika yang kedua.

“Walau bagaimana jijik sekalipun kami dan begitu banyak negara di seluruh dunia mendapati tindakan Moscow itu, kami menyedari ini adalah cabaran yang lebih besar daripada satu negara,” kata pegawai itu.

“Kami juga tahu bahawa rakan kongsi kami, terutamanya di selatan global, lebih suka mendengar tumpuan pada penyelesaian daripada menuding jari,” tambahnya.

Pada Julai, Russia keluar daripada satu perjanjian yang membolehkan Ukraine mengeksport bijirin dengan selamat menerusi Laut Hitam tahun lalu. Perjanjian itu diuruskan oleh PBB dan Turkey untuk membantu meredakan krisis makanan global berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Ukraine dan Russia pengeksport bijirin utama dunia.

Selepas Moscow keluar daripada perjanjian tersebut, ia mula menyasarkan pelabuhan Ukraine dan infrastruktur bijirin di Laut Hitam serta Sungai Danube. Ini mengakibatkan harga bijirin global melonjak.

Russia berkata jika tuntutannya untuk meningkatkan eksport bijirin dan bajanya sendiri dipenuhi, ia akan mempertimbangkan untuk menghidupkan semula perjanjian tersebut. – Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >