Lebih AS$170j dana dikumpul untuk majlis pelantikan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih AS$170j dana dikumpul untuk majlis pelantikan

Penyumbang berebut tempat VIP
Jan 20, 2025 | 5:30 AM

Lebih AS$170j dana dikumpul untuk majlis pelantikan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Seorang pekerja binaan menyiapkan tempat duduk pemeriksaan pada 14 Januari 2025. di Pennsylvania Avenue, menjelang majlis perasmian presiden Donald Trump, di Washington, Amerika Syarikat.
Seorang pekerja binaan menyiapkan tempat duduk pemeriksaan pada 14 Januari 2025. di Pennsylvania Avenue, menjelang majlis perasmian presiden Donald Trump, di Washington, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS

FLORIDA: Jawatankuasa pelantikan bakal Presiden Donald Trump dilaporkan telah mengumpul lebih daripada AS$170 juta ($232 juta) untuk majlis pelantikannya pada 20 Januari, menjadikannya jumlah dana yang terbesar menjelang acara bersejarah itu.

Beberapa hari sebelum acara, jawatankuasa menghentikan penjualan tiket untuk penyumbang besar, dengan alasan acara sudah penuh dan tempat VIP sudah habis ditempah.

Keputusan ini mencerminkan betapa tingginya keinginan para penyumbang besar, termasuk syarikat-syarikat besar untuk mendapatkan akses eksklusif kepada acara ini demi mendapatkan perhatian dan hubungan rapat dengan presiden terpilih tersebut.

Menurut beberapa individu yang diberi taklimat mengenai perbincangan dalaman jawatankuasa pelantikan tersebut, angka yang luar biasa besar ini membuatkan beberapa penyumbang yang menawarkan sumbangan tujuh angka terpaksa diletakkan dalam senarai menunggu.

Walaupun terdapat kekurangan tempat, usaha mengumpul dana ini menonjolkan betapa rapatnya hubungan antara para penderma dan pemerintahan yang akan datang, dengan harapan dapat mempengaruhi keputusan politik atau mendapatkan akses lebih dekat kepada Trump dan pentadbirannya.

Mereka juga diberitahu bahawa mungkin mereka tidak akan menerima tiket VIP langsung kerana acara sudah mencapai kapasiti maksimum.

“Ruang sangat terhad,” kata jawatankuasa pemasaran yang disebarkan kepada penderma penyumbang berpotensi.

Walaupun tiket VIP sudah habis, individu dan penyumbang lain masih boleh menghadiri majlis pelantikan secara percuma melalui tiket yang disediakan oleh ahli Kongres.

Jumlah dana yang telah dikumpul oleh Encik Trump jauh melebihi pelantikan pertama beliau pada tahun 2017, yang mencatatkan A$107 juta.

Malah,  jawatankuasa pelantikan kali ini dijangka dapat mengumpul lebih daripada AS$200 juta menjelang tamatnya pengumpulan dana tersebut.

Ini lebih dua kali ganda daripada dana yang dikumpul semasa pelantikan Presiden Joe Biden pada 2021, yang berjumlah hampir AS$62 juta.

Menurut sumber, sumbangan yang terkumpul akan digunakan untuk membiayai acara-acara yang berkaitan dengan pelantikan, termasuk upacara angkat sumpah, perarakan, dan beberapa majlis mewah.

Sumbangan besar dari syarikat-syarikat terkemuka seperti Amazon dan Meta, serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI Sam Altman yang masing-masing merancang untuk menyumbang AS$1 juta, menggambarkan betapa mereka berusaha untuk mendekati Encik Trump.

Penyumbang yang memberikan AS$1 juta atau mengumpul AS$2 juta untuk jawatankuasa akan mendapat enam tiket untuk enam acara berbeza, termasuk upacara angkat sumpah dan “jamuan malam candlelight” yang terkenal pada 19 Januari.

Walaupun dengan sumbangan besar yang diberikan, beberapa penyumbang terpaksa berdepan dengan kenyataan bahawa mereka tidak dapat menghadiri acara tersebut disebabkan kekurangan tempat.

Sumber juga menyatakan bahawa dana lebih daripada AS$170 juta yang telah dikumpulkan ini akan disalurkan ke projek politik Encik Trump yang lain, termasuk jawatankuasa pelantikan dan beberapa kumpulan luar yang bersekutu dengan beliau.

Dana yang tidak digunakan akan dipindahkan ke jawatankuasa perpustakaan Presiden Trump yang dijangka dibina pada masa depan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg