Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

Lebih sejuta warga AS terima dos pertama vaksin

Negara sasar 100 juta warga terima vaksin menjelang suku pertama 2021
Dec 25, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Lebih sejuta penduduk di Amerika Syarikat (AS) menerima dos pertama vaksin COVID-19, kata Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Dr Robert Redfield, kelmarin.



Ini sedang seorang pekerja kesihatan di New York mengalami tindak balas alergi teruk selepas disuntik vaksin Covid-19 Pfizer, lapor Agensi Berita Sputnik.



Menurut Dr Redfield, pencapaian awal itu disifatkan penting sejak suntikan vaksin Covid-19 bermula 11 hari lalu.



Ketua penasihat Operasi Warp Speed itu mengatakan bahawa objektif untuk melaksanakan imunisasi ke atas 20 juta orang bulan ini tidak mungkin dapat dicapai.



Bagaimanapun beliau berkata negara itu tetap mensasarkan 100 juta menerima vaksin pada akhir suku pertama 2021 dan 100 juta lagi pada suku kedua.



Tiga juta dos dibekalkan minggu lalu di seluruh Amerika dengan vaksin pertama yang dibenarkan, dibangunkan Pfizer dan BioNTech.



Minggu ini, sasarannya adalah untuk mengagihkan enam juta dos vaksin oleh Moderna dan dua juta lagi Pfizer.



Amerika adalah negara yang paling teruk dilanda pandemik Covid-19 dan kini berada dalam musim sejuk yang melampau.



Lebih 320,000 orang maut akibat Covid-19 dan kemungkinan akan menjadi penyebab utama kematian pada tahun 2020 selain penyakit jantung dan barah.



Penghuni pusat rawatan jangka panjang dan pekerja penjagaan kesihatan diberi keutamaan dalam pemberian vaksin, sementara fasa seterusnya ditetapkan untuk menyasarkan individu berusia lebih 75 tahun dan pekerja kritikal.



Sedang imunisasi dijalankan, terdapat laporan yang menyatakan jutaan vaksin Covid-19 yang ditempatkan di hospital Amerika dan di serata negara itu tidak digunakan, menyebabkan adanya keprihatinan sasaran 20 juta inokulasi bulan ini tidak dapat dicapai.



Sementara itu, majalah Newsweek memetik seorang pegawai sebagai melaporkan, kes alahan pertama terjadi selepas lebih daripada 30,000 orang menerima suntikan vaksin di bandar ini.



Menurut majalah itu petugas terbabit telah dirawat dan berada dalam keadaan stabil. Tiada maklumat lanjut terkini mengenainya.



"Vaksin mempunyai kesan sampingan dan reaksi alahan, walaupun jarang terjadi, ia biasa berlaku. Kami juga tahu bahawa berdasarkan ujian klinikal dan laporan kesan buruk di bidang kuasa lain, reaksi seperti ini jarang terjadi tetapi telah dilaporkan berlaku dengan vaksin Pfizer," kata Jabatan Kesihatan dan Kesejahteraan Mental NYC dalam satu kenyataan semalam. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >