Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lega dapat lintasi Rafah ke Mesir, bimbang nasib penduduk di Gaza

Nov 03, 2023 | 12:11 PM



RAFAH: Beratus-ratus lagi rakyat Palestin yang memegang dwikerakyatan dan warga asing menyeberang ke Mesir melalui pintu keluar tunggal Jaluran Gaza di Rafah buat hari kedua berturut-turut pada Khamis – sesuatu yang sangat melegakan selepas berminggu dicerut ketakutan akibat serangan balas berterusan tentera Israel menyusuli diserang Hamas pada 7 Oktober.


Namun, mereka bimbang terhadap nasib kaum keluarga yang ditinggalkan di Gaza.

Encik Nizar, seorang pekerja bantuan berusia 41 tahun dari Kota Gaza, memandu ke lintasan Rafah di selatan Gaza bersama isterinya, anak lelaki berusia lapan bulan dan anak perempuannya berusia enam tahun, dengan tujuan menyeberang ke Mesir.

Setibanya di terminal Rafah, Encik Nizar melompat kegembiraan apabila beliau mendengar pihak berkuasa Hamas memanggil nama isterinya, Cik Zainab, menerusi pembesar suara di tengah suasana riuh rendah dan sesak di situ.

Harapannya begitu cerah untuk menyeberang ke Mesir.

Tetapi, pegawai sempadan memberitahunya bahawa rakyat Amerika Syarikat adalah satu-satunya yang dibenarkan keluar Gaza. Anggota keluarga yang lain tidak boleh menyeberang ke Mesir.

“Ia hanya kekeliruan, tiada siapa yang memahami apa yang berlaku,” kata Encik Nizar yang memegang dwikerakyatan – Palestin dan Amerika.

Langkah membenarkan warga asing dan pemegang dua kerakyatan keluar daripada Gaza itu merupakan hasil rundingan antara Israel, Hamas dan Mesir baru-baru ini.

Rundingan tersebut membuahkan hasil pada Rabu apabila bas yang membawa 361 warga asing melintasi sempadan di Rafah dan ambulans pula telah membawa 45 rakyat Palestin yang cedera parah, bersama beberapa anggota keluarga mereka ke hospital di Mesir.

Mesir mengambil sikap berhati-hati menerima kemasukan rakyat Palestin ke negaranya kerana bimbang Israel tidak akan membenarkan mereka pulang ke Gaza selepas perang berakhir kelak.

Encik Jammal Qaoud, rakyat Palestin yang juga warga negara Amerika, menyatakan jika bom jatuh, punahlah segala harapan untuk menyeberang ke Mesir.

“Saya mempunyai masalah jantung dan saya boleh rebah pada bila-bila masa. Saya hanya cuba untuk pergi ke seberang dan selamat,” tambahnya, yang tidak menghadapi isu kewarganegaraan dan akhirnya berjaya ke Mesir.

Beliau adalah antara beberapa ratus orang yang dibenarkan melalui lintasan Rafah untuk ke Mesir pada Khamis.

Beberapa orang daripada mereka melahirkan kebimbangan terhadap kaum keluarga dan sanak-saudara yang ditinggalkan untuk meneruskan keperitan hidup di Gaza yang diperintah Hamas. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >