Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga asing, mangsa cedera parah mula dibawa ke Mesir dari Gaza

Nov 02, 2023 | 05:28 PM



RAFAH/GAZA: Selepas berminggu-minggu menunggu, ratusan orang akhirnya dibenarkan meninggalkan Jaluran Gaza pada Rabu – kumpulan pertama daripada ribuan warga asing, pekerja bantuan dan pesakit yang cedera parah yang dijangka dibenarkan keluar dalam beberapa hari akan datang.







Menjelang malam Rabu, bas telah membawa 361 warga asing melintasi sempadan di Rafah ke Mesir, dan ambulans pula telah membawa 45 rakyat Palestin yang cedera parah, bersama beberapa anggota keluarga mereka ke hospital di Mesir, menurut Al Qahera, saluran televisyen milik pemerintah Mesir.


Di sebalik kelegaan yang menerpa, warga asing itu dilihat dalam keadaan kelam kabut dan ketakutan tatkala menyeberangi lintasan Rafah.

Namun, mereka meninggalkan kemusnahan dan penderitaan yang paling teruk akibat peperangan antara Israel dengan Hamas, kumpulan yang menguasai Gaza.

Lebih 20,000 penduduk yang cedera akibat peperangan antara Israel dan Hamas dilaporkan masih terperangkap di Semenanjung Gaza.

Menurut pertubuhan Doktor Tanpa Sempadan (MSF), jumlah itu agak tinggi walaupun kini sudah bermula pemindahan awal membabitkan pemegang pasport asing dan rakyat Palestin yang cedera parah merentasi sempadan ke Mesir.

Katanya, proses pemindahan sebilangan orang yang cedera parah itu turut membabitkan 22 kakitangan antarabangsanya di Gaza, yang meninggalkan wilayah terbabit melalui laluan sempadan Rafah.

MSE menggesa supaya lebih ramai orang dipindahkan, serta pelaksanaan gencatan senjata dibuat selain lebih banyak bantuan kritikal dibenarkan masuk.

“Mereka yang ingin meninggalkan Gaza mesti dibenarkan berbuat demikian tanpa berlengah lagi. Mereka juga mesti dibenarkan untuk kembali,” kata MSE dalam satu kenyataan.

Di Rafah, penyeberangan itu berlaku selepas perjanjian dirundingkan lewat Selasa antara Israel, Mesir, Amerika Syarikat, Qatar dan Hamas yang membenarkan kumpulan orang-orang tertentu keluar dari Gaza.

Meskipun beberapa warga Amerika, antara pekerja bantuan yang dibenarkan keluar pada Rabu, para diplomat berkata, secara umum, rakyat Amerika di Gaza – kira-kira 500 hingga 600 orang seperti yang dianggarkan Jabatan Negara – tidak akan dibenarkan keluar sehingga Khamis atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan.

Lintasan Rafah bukan sahaja satu-satunya laluan melarikan diri bagi orang yang terperangkap di Gaza tetapi juga satu-satunya pintu masuk untuk bekalan bantuan kemanusiaan.

Pihak berkuasa Gaza berkata rancangan pihaknya ialah untuk membenarkan lebih 400 pemegang pasport asing berlepas ke Mesir. Rumah Putih berkata ia menjangkakan “segelintir” rakyat Amerika berada di kalangan mereka, dan pegawai Jerman, Perancis dan Britain berkata rakyat mereka adalah antara yang dibenarkan keluar.

Mesir berkata ia tidak akan menerima kemasukan pelarian Palestin kerana bimbang Israel tidak akan membenarkan mereka kembali ke Gaza selepas perang berakhir.

Antara warga asing yang dibenarkan keluar termasuk Cik Lama, seorang warga Bulgaria yang mempunyai keluarga di Gaza.

Menurutnya, beliau tidak menerima panggilan telefon daripada pihak berkuasa yang menyuruh warga asing dalam senarai mereka, menuju ke Rafah.

Beliau sebaliknya menerima panggilan daripada seorang rakannya yang menyuruhnya segera bergerak ke sana.

Beliau berhasrat menumpang di rumah saudara-maranya di Kahirah, Mesir.

Cik Amena Nasrate, seorang pelajar Palestin di Kahirah dan juga warga Australia, segera menuju ke kedutaan negaranya di Kahirah untuk memohon visa bagi saudara-maranya di Gaza sebaik sahaja beliau mendengar tentang pembukaan lintasan Rafah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >