Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki China maut setelah leher terhempap barbel lebih 100kg

Sep 19, 2023 | 03:15 PM



Seorang lelaki China berusia 27 tahun meninggal dunia setelah lehernya terhempap batang barbel seberat lebih 100 kilogram (kg) ketika beliau cuba mengangkatnya dalam senaman angkat besi di sebuah gimnasium.

Satu video selama 29 saat yang dipaparkan beberapa laman berita menunjukkan lelaki itu menghadapi kesukaran melakukan ‘bench press’ itu semasa dalam sebuah gimnasium di wilayah Henan di China, tanpa sebarang ‘spotter’ atau penyokong, menurut Yangtse Evening Post.


Beliau sukar mengangkat barbel itu semasa ia berada pada paras dadanya dan sedang cuba meletakkannya semula ke cangkuk penahan alat senaman itu apabila tangannya gagal berbuat demikian.

Batang barbel itu, dengan besi sekitar 50 kg pada setiap hujungnya, kemudian bergolek dari dadanya sehingga ke lehernya yang terperangkap antara barbel tersebut dengan kerusi senaman itu.

Selama kira-kira 25 saat, beliau berusaha membebaskan dirinya.

Pada satu ketika itu, beliau seolah-olah cuba membuka tali pinggang angkat berat yang dipakainya, tetapi mula menjadi lemah dan tubuhnya tiba-tiba terkulai.

Laporan awal mengenal pasti bahawa kejadian itu berlaku di Wuhan minggu lalu.

Namun, laporan yang keluar pada Isnin di Ziniu News Yangtze Evening Post berkata bahawa kejadian itu berlaku di Henan pada 3 Julai. Lelaki yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Xiao Hou, lapor akhbar The Straits Times.


Menukil lelaki yang bertanggungjawab ke atas gimnasium itu, dikenal pasti sebagai Encik Zhao, portal berita tersebut melaporkan bahawa Xiao Hou merupakan jurulatih kecergasan di gimnasium itu.

Encik Zhao dan Xiao Hou merupakan rakan, menurut laporan demikian.

Encik Zhao berkata Xiao Hou amat prihatin dengan kegiatan bersenam.

“Beliau tidak pernah fikir tentang ‘dating’ seorang teman wanita. Beliau hanya tahu tentang senaman.”

Beliau berkata Xiao Hou bekerja sebagai jurulatih peribadi selama kira-kira empat tahun di gimnasium itu setelah tamat pengajian dari kolej, tetapi berhenti bekerja di sana setelah menemui pekerjaan lain.

Namun Xiao Hou akan tetap ke gimnasium itu ketika waktu makan tengahari untuk bersenam sendiri, kata Encik Zhao, sambil menambah bahawa Xiao Hou menyimpan kunci yang membolehkannya untuk memasuki gimnasium itu sebelum ia dibuka.

Encik Zhao menambah bahawa Xiao Hou seorang diri di gimnasium apabila beliau ditemui dalam keadaan dihempap barbel pada 3 Julai. Beliau digegaskan ke hospital, tetapi tidak dapat diselamatkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >