Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki didakwa pandu mabuk dalam nahas yang korbankan pramugara S’pura di Taiwan

Jul 23, 2023 | 06:53 PM



Seorang pemandu kereta Porsche yang membunuh seorang pramugara Singapura dalam satu kemalangan jalan raya, memandu dalam keadaan mabuk di Taiwan pada 2022, mungkin menghadapi hukuman penjara seumur hidup bagi kesalahan itu.


Pada Jumaat, pendakwa raya Taiwan mengemukakan tuduhan ke atas lelaki berusia 53 tahun itu, yang namanya hanya diberi sebagai Hsiang. Hsiang dituduh memandu dalam keadaan mabuk secara berulang dalam 10 tahun. Beliau pernah terlibat dalam nahas semasa pandu mabuk dan menyebabkan kematian individu lain.

Ini bermakna Hsiang boleh menghadapi hukuman penjara antara lima tahun dengan sehingga seumur hidup, serta denda hingga NT$3 juta ($127,000).

Hsiang sebelum ini didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk dalam dua kes berasingan, dan dijatuhi hukuman penjara empat bulan bagi setiap kes pada 2019.

Lesen memandunya juga dibatalkan pada tahun itu, lapor portal berita Focus Taiwan.


Pada petang 1 November 2022, Hsiang minum setengah botol wain merah di sebuah hotel dan memandu ke kedai bekalan aromaterapi yang dimilikinya, kata pejabat pendakwa raya. Ia tidak menjelaskan mengapa dia berada di sebuah hotel.

Sekitar 9 malam, dia memandu pulang ke rumahnya di Xindian, sebuah daerah di selatan Taipei, apabila dia melanggar pramugara itu, yang sedang menyeberang jalan di Dunhua South Road.

Kenderaan utiliti sukan Porsche berwarna putih itu tidak berhenti dan terbabas sejauh 72.6 meter.


Pejabat itu berkata Hsiang mendakwa dia menekan brek apabila kejadian tersebut berlaku.

Pramugara itu, yang namanya hanya diberi sebagai Anuar, cedera parah dan dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.

Pramugara United Airlines berusia antara 30-an dengan 40-an itu dipercayai sedang bercuti dan tiba di Taiwan awal hari tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >