Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki Indonesia bunuh jiran dek tidak tahan diejek mandul

Jun 27, 2024 | 6:27 PM
Seorang lelaki nekad membunuh jirannya dalam satu kejadian pada 23 Jun di Lampung Utara, Indonesia, angkara tidak tahan diejek mandul.
Seorang lelaki nekad membunuh jirannya dalam satu kejadian pada 23 Jun di Lampung Utara, Indonesia, angkara tidak tahan diejek mandul. - Foto fail

LAMPUNG (Indonesia): Gara-gara tidak tahan diejek mandul, seorang lelaki nekad membunuh jirannya dalam satu kejadian pada 23 Jun di Lampung Utara, Indonesia.

Menukil laporan media Indonesia, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lampung Utara, Inspektor Stefanus Boyoh, berkata Sudadi Ahmad, 30 tahun, mengakui perbuatan itu kerana terguris hati dengan ejekan mandul oleh mangsa, yang dikenali sebagai Sumini berusia 55 tahun.

Siasatan awal mendapati suspek berusaha mengelirukan kes pembunuhan itu supaya ia kelihatan seperti kes rompakan.

Inspektor Stefanus menambah sewaktu kejadian, suspek telah berpura-pura ke pintu belakang rumah mangsa yang berjarak 50 meter dari rumah suspek untuk meminjam pam angin.

“Mangsa, yang tidak mengetahui niat suspek, telah membuka pintu rumah. Suspek kemudian bertindak menyerang mangsa dan mengambil tali kabel mikrofon lalu mencekik mangsa hingga maut,” kata beliau.

Difahamkan, keadaan di sekitar rumah agak lengang ketika kejadian. Suspek kemudian menyembunyikan jasadnya di sebuah ruang solat berhampiran dapur dan menutupi mangsa dengan pengesat kaki.

Suspek turut membuat keadaan rumah berselerak agar terlihat seperti mangsa rompakan.

“Suspek mengambil dompet, barangan kemas, wang berjumlah 900,000 Rupiah ($74) di dalam laci almari, seakan berlakunya kes rompakan. Suspek kemudian menaburkan wang itu di halaman rumah mangsa,” tambah Inspektor Stefanus.

Beliau menambah setelah ditangkap pihak polis, suspek mengakui bahawa dia membunuh mangsa angkara sakit hati. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg