Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kematian warga kurang upaya: 7 sekeluarga ditahan polis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kematian warga kurang upaya: 7 sekeluarga ditahan polis

Jan 23, 2024 | 02:01 PM



KUALA LUMPUR: Tujuh sekeluarga ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) intelektual di sebuah rumah di Jalan Serdang Raya 1, Seri Kembangan, Selangor, pada 21 Januari.


Mereka terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 25 hingga 79 tahun berasal dari Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Timbalan Pesuruhjaya (DC) A.A Anbalagan, berkata pihaknya menerima pemakluman kes itu pada 12.12 tengah hari daripada seorang wanita yang beritahu bahawa adik perempuannya berusia 20 tahun telah meninggal dunia di rumah berkenaan.

Beliau berkata mangsa yang memegang kad OKU, telah marahi serta cubit dua ahli keluarga itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

Susulan itu mangsa telah dipukul dengan kayu panjang dan diseterika secara berulang kali sehingga mengalami kecederaan.

DC Anbalagan berkata mangsa dijaga keluarga berkenaan dan bedah siasat dijalankan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor, bagi mengetahui punca kematian.

“Empat suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 22 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh, manakala tiga lagi yang berusia 25 hingga 79 tahun diberi jaminan polis,” katanya, lapor The Star.


Dalam satu kes berasingan, polis menahan tiga warga Bangladesh kerana menceroboh dengan tinggal di sebuah unit pangsapuri yang ditinggalkan kosong oleh pemiliknya di Puchong, Selangor, sejak Disember 2023.

Ketua Polis Daerah Sepang, Timbalan Pesuruhjaya Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata warga Bangladesh itu ditahan selepas pemilik rumah membuat laporan polis selepas menerima berita kediamannya diceroboh warga asing yang disiarkan melalui media.

“Penahanan tiga warga Bangladesh berusia 23 hingga 30 tahun itu dibuat pada 9 malam 22 Januari, di rumah berkenaan.

“Warga Bangladesh itu mengaku menduduki rumah berkenaan sejak dua bulan lalu dengan merosakkan kunci pintu dan menggantikannya dengan yang baru.

“Mereka dikenakan perintah reman pada 22 Januari untuk siasatan kes mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 23 Januari.


Kejadian rumah diceroboh dan dihuni warga asing itu hanya diketahui pemiliknya yang tinggal di Terengganu, selepas mangsa meminta bantuan seorang rakannya untuk menjual kediaman berkenaan yang ditinggal kosong sejak 10 tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >