Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Serah diri selepas bunuh isteri di Perak: Suami direman 7 hari

Jun 21, 2024 | 1:08 PM
bunuh isteri
Suspek lelaki (tengah) yang menyerah diri kepada polis selepas membunuh isterinya di sebuah hotel dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Gajah, Perak, pada 21 Jun, dan dikenakan tahanan reman tujuh hari sehingga 27 Jun. - Foto NSTP

BATU GAJAH (Perak): Seorang suami yang menyerah diri kepada polis selepas membunuh isterinya di sebuah hotel di Batu Gajah, Perak, ekoran tidak puas hati wanita itu mahu meneruskan perceraian, direman tujuh hari dari 21 hingga 27 Jun.

Permohonan reman itu dibenarkan oleh Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin, bagi membantu polis menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh terhadap suspek berusia 36 tahun itu.

Suspek tiba di Mahkamah Majistret Batu Gajah pada 8.30 pagi dengan berpakaian baju Melayu dan berseluar lokap jingga dan dibawa masuk dengan iringan polis.

Dalam kejadian pada 20 Jun, seorang lelaki menyerah diri di balai polis kira-kira 2 petang, selepas membunuh isterinya di bilik sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah.

Difahamkan, lelaki itu membunuh isterinya menggunakan pisau dan punca pembunuhan dipercayai akibat keretakan rumah tangga yang menghampiri perceraian, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Penolong Pesuruhjaya Md Noor Aehawan Mohammad, berkata suspek disyaki membunuh mangsa yang berusia 32 tahun kerana tidak puas hati apabila wanita itu ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk.

Katanya mayat mangsa ditemui di bilik hotel itu dengan kesan tikaman, malah polis turut menemukan sebilah pisau di tempat kejadian.

“Semakan mendapati suspek dan mangsa hadir ke hotel itu secara berasingan, tetapi suspek menginap di bilik sama dengan mangsa pada hari kejadian (20 Jun),” katanya dalam satu kenyataan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg