Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki jumpa mayat budak autistik beri keterangan kepada polis M’sia

Dec 09, 2023 | 12:51 PM



KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam kenyataan lima individu bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin termasuk ibu bapanya setakat ini.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata polis juga akan merakam keterangan jiran dan pihak sekolah bagi membantu siasatan.

“Setakat ini lima individu sudah dipanggil memberi keterangan termasuk ibu bapa mangsa.

“Siasatan masih dijalankan dan polis akan turut memanggil beberapa jiran di kawasan kediaman itu dan juga pihak sekolah mangsa,” katanya.

Mangsa sebelum ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2).

Difahamkan, selain ibu bapanya, lelaki pertama yang menemukan mayat Zayn Rayyan adalah antara lima individu yang dirakam keterangan.

Ketika ditanya adakah suspek yang mendalangi jenayah itu lebih daripada seorang, Datuk Hussien berkata perkara itu masih dalam siasatan.

Datuk Hussein berkata polis menyiasat semua aspek termasuk kemungkinan mangsa mengenali suspek.

Terdahulu, bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) menemui kesan cedera pada leher dan tubuh Zayn Rayyan yang disyaki berpunca daripada perbuatan jenayah.

Berikutan itu, kes yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut, diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini telah dilaporkan Zayn Rayyan disedari hilang pada 12.30 tengah hari 5 Disember, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial serta laporan polis.

Selepas lebih 30 jam kehilangannya, mayat mangsa yang berusia enam tahun ditemui dekat anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 10 malam.

Dalam pada itu, Datuk Hussein berkata 50 anggota polis terlibat dalam pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

Beliau berkata walaupun pihaknya kini mempunyai keterangan yang amat terhad bagi siasatan kes berkenaan, beliau memberi jaminan polis akan melakukan yang terbaik sehingga tertangkapnya pelaku kes terbabit.

Ditanya sama ada polis akan menggunakan pangkalan data pesalah seksual kanak-kanak yang dibangunkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam siasatan berkenaan, Datuk Hussein berkata pihaknya sedang membuat data itu bersama pangkalan data milik polis untuk mengenal pasti suspek. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >