Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kanak-kanak autistik hilang ditemui maut dibunuh; pemergian ditangisi seluruh M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kanak-kanak autistik hilang ditemui maut dibunuh; pemergian ditangisi seluruh M’sia

Dec 08, 2023 | 06:29 PM



KUALA LUMPUR: Seluruh Malaysia terkesan dengan kisah pemergian menyayat hati kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui maut secara tragis pada 10 malam 6 Disember, selepas dilaporkan hilang pada tengah hari 5 Disember.


Lebih menyayat hati, kematian anak berusia enam tahun itu mulanya disangka akibat lemas, namun bedah siasat kemudian rupanya menemui bukti bahawa Zayn Rayyan maut akibat dibunuh dan sudah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya ditemui.

Kejadian bermula apabila ibu kanak-kanak lelaki itu, Cik Ismanira Abdul Manaf, 28 tahun, mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah kira-kira jam 12.30 tengah hari, 5 Disember.

Kanak-kanak itu kemudian disedari hilang oleh ibunya ketika mereka menaiki tangga untuk pulang ke rumah di tingkat tiga Apartmen Idaman di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Dalam keadaan panik kehilangan anaknya, Cik Ismanira mula membuat hantaran di Facebook memaklumkan kehilangan Zayn Rayyan, sebelum memohon kerjasama penduduk di kawasan kejiranannya untuk membantu mencari anaknya itu.

Usaha pencarian diperkuatkan dengan polis yang diketuai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, mewujudkan 18 kumpulan mencari dan menyelamat (SAR) bagi tujuan memeriksa 2,484 unit kediaman di Apartmen Idaman di Damansara Damai.

Taklimat mengenai SAR berlangsung di Dewan Orang Ramai Blok L Apartmen Idaman, yang mana setiap kumpulan turut disertai tiga anggota polis. Pemeriksaan bermula sekitar jam 9.40 malam 6 Disember.

Selepas lebih 30 jam usaha pencarian dijalankan oleh polis dibantu penduduk, mangsa yang disifatkan sebagai anak yang pendiam dan manja dan sentiasa ditemani ibunya, akhirnya ditemui seorang penduduk yang membantu dalam operasi SAR.

Menyedihkan apabila mangsa ditemui terbaring tidak bernyawa di aliran anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Blok R Apartmen Idaman, kira-kira 10 malam 6 Disember.

Berdasarkan maklumat diterima ketika itu, kanak-kanak berkenaan dikatakan ditemui dalam keadaan lengkap dengan baju dan seluar biru yang dipakainya (pakaian sekolah) semasa dia dilaporkan hilang.

Berita malang itu perit untuk diterima Cik Ismarina dan suaminya, Encik Zaim Ikhwan Zahari, 28 tahun, sehingga mereka beberapa kali pengsan di lokasi penemuan mayat anak mereka.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, Selangor, dan di situlah bertambah perit kelukaan buat ibu bapa Zayn Rayyan apabila kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia akibat dibunuh.

“Sampai sekarang saya masih rasa macam dia ada, saya tak sangka akan berakhir seperti ini. Namun kami reda dengan ketentuan ini,” kata Cik Ismarina yang tidak dapat menahan sebak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan leher, berkemungkinan besar dicekik atau dijerut.

“Hasil bedah siasat menunjukkan Zayn Rayyan sudah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam di lokasi lain, sebelum mayatnya dipercayai diletakkan di aliran anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya pada 6 Disember malam,” katanya.

Jenazah Zayn Rayyan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor, pada 7 Disember malam.

Sehingga kini, pasukan penyiasat polis dari Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya dengan bantuan Unit Siasatan Khas (D9) Bukit Aman masih menjalankan siasatan terperinci di lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui dan proses pencarian turut diperluaskan melalui saliran air berhampiran apartmen terbabit.

Sementara itu, polis turut bertemu semula dengan ibu bapa Zayn Rayyan buat kali kedua pada 8 Disember untuk merakam sebarang maklumat baru yang boleh membantu siasatan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >