Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Rakyat M’sia pulang dari Gaza hiba barang keperluan musnah dibedil

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Rakyat M’sia pulang dari Gaza hiba barang keperluan musnah dibedil

Dec 08, 2023 | 04:11 PM



KUALA LUMPUR: “Tiada lagi stor pemborong bagi mendapatkan barangan bantuan untuk diagihkan kepada penduduk Palestin, malah keluarga pemiliknya juga sudah meninggal dibom Israel”.


Itulah perkongsian terkini rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Jaluran Gaza, Cik Nurul Ain Haron yang sedih menerima perkhabaran stor pemborong yang menjadi sumber utamanya mendapatkan barangan bantuan untuk diagih kepada penduduk Palestin sebelum ini, dibom lewat malam 6 Disember.

Cik Nurul Ain, 37 tahun, ketika berkongsi perkembangan mendukacitakan itu berkata pemilik stor yang terletak di Khan Yunis itu yang dikenali dengan nama Abu Faiq turut memaklumkan bahawa bapa saudaranya terbunuh dalam serangan bom itu.

Beliau berkata sejak keadaan semakin meruncing di Gaza, beliau bersama suami, Encik Mohamed Adan Shaat, 33 tahun, tidak lagi meminta saudara-mara mereka di sana membelikan barangan bantuan.

Sebaliknya, beliau berkata bantuan kewangan diserahkan terus kepada penerima untuk membolehkan mereka membeli sendiri barangan keperluan.

“Kami mendapat perkhabaran bahawa stor pemborong yang juga tempat kami membeli barangan untuk diagihkan sebagai bantuan sudah dibom dan pakcik pemiliknya syahid. Kedai juga sudah ditutup.

“Semoga Allah menggantikan yang lebih baik selepas ini. Takziah diucapkan atas kehilangan pakcik yang tercinta,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Cik Nurul Ain turut mengucapkan terima kasih kepada Encik Abu Faiq yang sering membantu mereka dalam penyediaan bantuan makanan selama ini.

Dalam pada itu, Cik Nurul Ain berkata pihaknya terputus hubungan dengan keluarga mentua selama beberapa hari selepas tentera Israel mengarahkan mereka berpindah dari kediaman sedia ada.

“Pada awalnya, bapa mentua enggan berpindah, tetapi selepas dipujuk, dia bersetuju untuk berpindah ke rumah anaknya di kawasan lain,” katanya.

Beliau berkata keluarga mentuanya kini menumpang di rumah kakak ipar di selatan Palestin.

Sebelum ini, Cik Nurul Ain terkandas selama 42 hari di Khan Younis sebelum dibenarkan keluar melalui sempadan Rafah. Beliau berada di Khan Yunis sejak 1 Oktober lalu untuk menziarahi keluarga mentua, namun terperangkap apabila perang meletus pada 7 Oktober.

Pasangan itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 November lalu, selepas pasangan itu berjaya dibawa keluar melintasi sempadan Rafah dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir dan Kementerian Luar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >