Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki AS maut lepas terjun dari jambatan, 2 anak kecil selamat

Oct 26, 2016 | 12:26 PM



NEW JERSEY (Amerika Syarikat): Seorang lelaki berusia 37 tahun di New Jersey maut setelah terjun dari jambatan lebuh raya setinggi 30m pada Isnin (24 Okt) malam, tetapi dua anak kecilnya selamat.



Mayat lelaki itu, yang dikenal pasti oleh Polis Negeri New Jersey sebagai Encik John Spincken, ditemui sekitar jam 9 malam tempatan di kawasan hutan berhampiran Sungai Wanaque.



Anak lelakinya, berumur satu dan tiga tahun, ditemui dalam keadaan sedar. Mereka mengalami kecederaan serius yang tidak mengancam nyawa, lapor BBC.



Dipercayai kejatuhan mereka diimbangi oleh dahan pokok.



Siasatan awal menunjukkan Encik Spincken sengaja terjun dengan kanak-kanaknya.



Laporan media tempatan mengatakan beliau terlibat dalam pertikaian rumah tangga dengan isterinya. Beliau didakwa mengugut akan mencederakan dirinya dan dua anaknya, sebelum memandu pergi bersama mereka.



Pemeriksaan di laman Facebook Encik Spincken menunjukkan beliau sering memuat naik gambar dan video dua anaknya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >