Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelongan barang kemas catat rekod dunia di Geneva

May 17, 2023 | 05:30 AM



GENEVA (Switzerland): Walaupun kekayaan Cik Heidi Horten menerima kritikan disebabkan hubungannya dengan Nazi, lelongan bagi barang kemasnya menjadi yang paling mahal dalam sejarah.



Anggaran keseluruhan prajualan barang kemasnya (termasuk rantai, gelang, anting-anting dan tiara) berjumlah AS$163 juta ($218 juta).



Lelongan pertama yang diadakan mencapai 138 juta franc ($206 juta) dan ini merupakan rekod dunia bagi jualan barang kemas oleh pemilik tunggal, lapor akhbar The Straits Times.



Kira-kira separuh daripada lot pada hari pertama lelongan ini telah dijual dengan harga lebih daripada AS$1 juta setiap satu.



Satu cincin yang dibuat daripada 17.43-karat zamrud daripada Harry Winston, telah dijual hanya di bawah 1.8 juta franc.



Lelongan kedua mencapai 37.8 juta franc, manakala jualan dalam talian menambah 3.8 juta franc.



Pada kesemua tiga lelongan, 98 peratus daripada lot telah dijual.



Pembida yang menang datang dari Eropah dan Timur Tengah (50 peratus), Amerika Syarikat (28 peratus) dan Asia (22 peratus).



Rekod lalu dicapai pada 2011, apabila satu siri lelongan atas barang kemas pelakon Elizabeth Taylor mencapai AS$137 juta.



Cik Horten meninggal dunia pada 2022, pada usia 81 tahun.



Beliau memperolehi kekayaannya daripada mendiang suaminya, Encik Helmet Horton.



Encik Horton memperolehi sebahagian kekayaannya daripada pembelian kedai serbaneka dengan harga diskaun yang sangat tinggi daripada orang Yahudi yang menjualnya dalam keadaan terpaksa semasa Reich Ketiga.



"Lelongan ini tidak beretika. Dana yang diperlukan bagi memperoleh permata sedemikian berasal daripada harta Yahudi yang dilakukan oleh Nazi Jerman," kata Encik Yonathan Arfi, pengerusi Majlis Perwakilan Institusi Yahudi Perancis (Crif), dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web pertubuhannya.



"Selain itu, penjualan ini akan menyumbang kepada yayasan yang misinya adalah untuk memastikan kemakmuran bekas Nazi."



Presiden EMEA, Cik Anthea Peers, berkata semua objek yang terlibat dalam lelongan ini telah dibeli pada 1970-an.



"Semua hasil daripada lelongan barang kemas ini akan didermakan kepada yayasan yang menyokong usaha dermawan, termasuk penyelidikan perubatan, kebajikan kanak-kanak dan akses kepada seni, menurut kehendak Cik Horten," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >