Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lembu import dilanda penyakit kulit: Indonesia beri Australia 60 hari untuk siasat

Aug 02, 2023 | 03:28 PM



Jakarta: Indonesia memberi Australia tempoh 60 hari, iaitu sehingga 12 September 2023, untuk menyiasat penemuan Penyakit Kulit Ketul (LSD) dalam lembu yang diimport dari negara itu sebelum memutuskan untuk menghentikan import lembu dari negara itu.


Langkah itu diambil berikutan pengesanan klinikal LSD dalam lembu dari Australia.

“Kami sedang mengkaji sama ada jenis virus yang menyebabkan LSD di Indonesia sama seperti di Australia,” kata Ketua Badan Kuarantin Pertanian Republik Indonesia (Barantan), Encik Bambang, dalam sidang media di Kementerian Pertanian pada Selasa.

Australia telah cuba mengenal pasti penyakit itu dalam tempoh yang ditetapkan Indonesia – dari tarikh penyakit itu dikesan pada 12 Julai untuk menyiasat penemuan tersebut.

Menurut Encik Bambang, Indonesia dan Australia masing-masing telah menjalankan ujian mendalam.

Tambahnya, selama 60 hari, Indonesia tidak akan menghentikan semua import lembu dari Australia, tetapi hanya menangguh sementara import dari empat ladang yang disyaki menjadi punca penyakit itu. Penyakit ini dicirikan oleh ketulan pada kulit lembu.

“Kami tidak menutup sepenuhnya import tetapi menghentikan sementara import dari empat ladang yang kami dapati membawa LSD. Sehingga 60 hari kemudian, jika dakwaan itu diisytiharkan negatif, maka import akan diteruskan. Tetapi, jika ia terbukti positif, maka kami akan berhenti mengimportnya,” katanya.

LSD dikesan dalam 13 lembu import yang dibawa dari empat ladang di Australia semasa pemeriksaan dokumen dan fizikal yang dijalankan di atas kapal oleh pegawai kuarantin pertanian di Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta, dari 25 Mei hingga 26 Julai.Pegawai membuat tanda khas pada lembu import yang menunjukkan gejala klinikal untuk persampelan lanjut.


Pada 12 Julai, Barantan telah menghantar surat kepada pemerintah Australia melalui Jabatan Pertanian, Perikanan dan Perhutanan (DAFF) untuk menyiasat penemuan LSD.


“Kami mendapati simptom klinikal LSD dalam lembu import terus meningkat. Justeru, kami memutuskan untuk menggantung import daripada empat kemudahan itu,” ujar beliau.


Sekiranya terbukti penularan LSD telah berlaku di ladang Australia, pemerintah Australia tidak boleh menutupnya dan segera mengambil tindakan untuk menghentikan penyebaran LSD, tambah Encik Bambang.– Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >