Wildlife Photographer of the Year dibangunkan dan dihasilkan oleh Muzium Sejarah Alam Semula Jadi di London. Pameran ini, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, diadakan di Pusat Sains Singapura pada November 2023 hingga Oktober 2024, sebelum ia kembali ke London. Ini merupakan pameran foto edisi ke-59 dan ia merupakan mercu tanda kecemerlangan dalam fotografi hidupan liar selama hampir 60 tahun. Gambar yang dipamerkan menonjolkan kecantikan semula jadi haiwan-haiwan liar. Pengunjung pameran tersebut dapat menikmati koleksi gambar-gambar yang telah menang dan dipilih daripada 49,957 penyertaan dari 95 negara dan menampilkan 19 kategori berbeza.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg