Tahun Baru Cina akan tiba kurang daripada sebulan lagi – pada 10 Februari di Singapura. Selain Singapura, negara-negara lain di serata dunia telah memulakan persiapan dan menghiasi bandar mereka dengan ‘lautan merah’ bagi menyambut kemunculan Tahun Naga. Kumpulan-kumpulan yang akan membuat persembahan juga sudah mula berlatih untuk perayaan mereka.